Saturday, October 24, 2015

Bingka Ubi Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni mmng syok sngt parut ubi guna pemarut lama ni, masa memarut ubi ni teringat dulu2 kalau mak nak masak lemak ke, mesti kena parut kelapa guna pemarut ni. Kdng tu sampai terparut jari sendiri...fuhh..Tapi tu dululah, bnyk kenangan manis.

Ok kali ni saya buat bingka ubi perisa pandan. Resepi asal warna kuning je, saje kali ni nak letak perisa pandan, terasa harum je bila masak. Resepi boleh lihat diSINI. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi bingka ubi yg mudah dan sedap tu, bolehlah cuba resepi dr K.An ni. Terima kasih K.An berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.



Bahan-bahan:
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut 
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
  2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang/bingka selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang/bingka keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

5 comments:

  1. Wah pasti sedap rasanya.... Memang terbaik resepinya :)..


    Blogger Sabah

    ReplyDelete
  2. Hehehe tersenyum sorang2 baca entry yatie. Ingatkan saya je dulu selalu terparut tangan sendiri guna pemarut style lama ni. Tapi hasilnya mmg cantik tekstur ubi yg diparut. Nostalgia betul kan…selalunya mak2 kita mmg cekaplah guna pemarut ni.

    ReplyDelete
  3. Wow, looking yummy, will surely try it,thanks for sharing :) do visit my blog too for more yummy recipes

    ReplyDelete
  4. Wow, looking yummy, will surely try it,thanks for sharing :) do visit my blog too for more yummy recipes

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails