Monday, November 10, 2014

Karipap Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi karipap yg paling sedap dan mudah membuatnya. Sejak guna resepi ni, saya mmng setia dngn resepi ni. Resepi ni guna 3 jenis tepung, tentulah ada kelainan rasanya. Ramai kwn2 dah cuba resepi ni, pd yg belum tu selamat mencuba.Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Karipap Rangup juga boleh lihat di SINI.



BAHAN2:
  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Marjerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.
BAHAN INTI
  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dada ayam atau daging di potong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu serbuk cili/cili kisar
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

6 comments:

  1. wah yatie, ada karipap petang2 gini mmg sedap ni lawan dgn kopi ...

    ReplyDelete
  2. alamak.. dah la teringin sangat nak makan karipap sekarang ni.. nanti buat lah..

    ReplyDelete
  3. Blog sis antara yg jadi my fav kalo nak cari resipi..tengs sis for all sharing. Glad to see ur poat at kelabblogger😊

    ReplyDelete
  4. wohoooo, mesti sedap niii :D sy paling suka makan part kelim2 tu

    ReplyDelete
  5. salam kenal kak yatie.thanks for sharing resepi karipap yang mudah ni.nti nak cuba buat la.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails