Tuesday, October 14, 2014

Pau Gebu yg sangat sedap.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih pau kegemaran keluarga. Kami sekeluarga sangat suka makan pau tapi saya jarang2 buat. Saya kdng2 cukup fobia nak buat tau, kdng2 tu cantik gebu dah paunya, bila buka penutup kukus je ada je yg tak cantik atau berkedut....tu yg malas nak buat tu, kena ketawakan Hamka je sbb kuihnya bnyk rupa, ada yg licin mulus, ada yg kedut sikit dan ada yg kedut bnyk...hi3...

Kali ni saya dah jumpa resepi yg mudah dan semestinya menjadi cantik. Rasanya sangat lembut dan cara buatnya pun mudah je. Pada kwn2 yg masih fobia mcm saya buat kuih ni, bolehlah cuba resepi ni...In Shaa Allah menjadi punya. Apa yg penting ikut sukatan yg di beri dan ikut cara2nya.Terima kasih pada rakan FB Iza Lan kerana berkongsi resepi pau ni. Menurut Iza, resepi ni beliau dpt dari seorang makcik yg baik hati yg menjual kuih pau. Terima kasih juga buat makcik tu, moga bertambah2 murah rezeki makcik. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya, biar ramai lagi kwn2 dpt membuat pau kegemaran keluarga yg menepati citarasa keluarga. Alhamdulillah..




Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUT BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih.

20 comments:

  1. Tie... Encik Suamiku selalu suruh daku buat pau, tapi aku maleeesssss.... kalau aku buat agak2 boleh ke segebu ini Tie.....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak.. Pin pin.. Dtg intai pau. Napelah rumah kita jauh kak! Klu dkt lama dah mintak dua ketul

    ReplyDelete
  3. Kak zai pun malas nak buat pau sebab selalu tak berapa menjadi.

    ReplyDelete
  4. salam yatie,akak nak tanya bahan B yang dilarutkan tu dimasukkan panas panas kedalam adunan tepung atau pun tunggu sejuk dulu. Terima kasih
    Kak Zainab Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam, bukan di larutkan tu maknanya di panaskan....maksudnya di satukan bersama..

      Delete
  5. Salam kak yati,

    Utk 1 kilo tepung berape byk kuantiti pau bole dpt ye kak. tq in advance

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie..pau nie still gebu n lmbut x bla dh sejuk

    ReplyDelete
  7. Kak Yati, saya dah cuba resepi yg dipaparkan. Alhamdulillah...sangat puas hati. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. ASSALAM KAK yatie..klu nak buat stengah kilo cmne ye...nak buat sekg tp xjadi...hihi..terima kasih...

    ReplyDelete
  9. Kak..sy ambil resepi akak tau.nk Cuba..teringin

    ReplyDelete
  10. Kena cuba gak resepi nih... inti apa yang best ek...

    ReplyDelete
  11. Bantu saya cb buat ya.....ok Kalau sedap saya mesej lagi

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kak...1st time buat terus mjadi.Husband n anak2 puji sedap. Rasa sama mcm beli kat kedai

    ReplyDelete
  13. antara bnyak2 pau, pau yg guna tep. gndum lbh sedap rasanya..

    ReplyDelete
  14. Dah cuba...x sbr nk mkn
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Thanks atas resepi inj. Mmg jd n sedap.

    ReplyDelete
  16. Assalam.nk tny pd yg prnh buat pau.kalau utk sukatan cwn n sudu teh tu byk mana ye dlm gram?risau x ngam je cwn dgn tpg sekilo.sy xde sukatan cwn.sy ni baru first time nk buat. hrp sudi membantu.tq.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails