Monday, June 23, 2014

Paceri/ Pajeri Terung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas tapi amat menyelerakan. Saya suka sayur terung, kalau masak apa2 pun tak kisah terung ni. Pada saya mmng semuanya sedap yg berkaitan dngn terung ni. Kebetulan lama dah teringin nak masak paceri terung ni. Bila tngk Mat Gebu tayang kat blog aritu, bertambah teringinlah sangat mengalahkan orng mengidam. Jadi saya pun masaklah arini paceri terung tu. Sedap tak terkata U. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi ni, izinkan akak panjang2kan resepinya kat sini pula ya. Bezanya cuma akak gorengkan dulu terung tu...ala2 mcm masak terung berlado gitu. Pada kwn2 yg nak merasa tu, apa lagi...cubalah resepi mudah ni...berbaloi..sedap sangat...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 biji terung ungu, belah 2 setiap 1 dan rendam
  • 2 camca besar rempah kari ikan (baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 tangkai cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 2 tangkai cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 camca besar cili kisar
  • 100 ml santan pekat (saya guna santan kotak)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1 camca besar udang kering- Yatie tambah
  • 2 keping hirisan lengkuas
  • 3 biji buah keras, hiris
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rempah kari ikan dengan bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan asam gelugor dan santan pekat serta sedikit air (anggaran 3/4 cawan). Kacau rata. Tambah kerisik dan biar mendidih. Masukkan gula secukup rasa. dan sedikit garam. Masukkan terung (toskan) dan cili merah/hijau, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
** Yatie goreng dulu terung tu mcm nak buat terung berlada. Bila dah masak dan cukup rasa kuah paceri tu, baru saya masukkan terung tadi. Terpulang pd selera masing2 ya. Selamat Mencuba..

1 comment:

  1. Assalam..

    sedapnyer kakkk..

    mkn ngan nasik panas2 & sambal belacan perghhhhhhhhhhhh

    terliur lak saya pagi2 nih..heheh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails