Wednesday, April 16, 2014

Roti Sosej Berkeju Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam2 tayang roti sosej berkeju rangup. Manalah tau ianya  mendatangkan idea bagi ibu2 di luar sana utk buat sarapan pagi esok...kan. Kalau bahan2 dah ada, mmng senang je...semua boleh buat. Kalau takde tu, tunggulah lain hari ya. Kalau boleh, kita janganlah menyusahkan suami utk adakan itu dan ini, gunalah apa yg ada kat rumah tu. Roti sosej ni kerap sangat saya buat, kadang2 tu tak payah letak slice cheese pun dah sedap. Kalau ada tu...bolehlah guna....mmng sedap sangat. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Kawan2 juga boleh lihat di SINI.



Tuesday, April 15, 2014

Spaghetti Bolognese lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas ala2 omputih gitewww. Kali ni saja nak bagi anak bujang makan spaghetti bolognese air tangan mama. Sebelum balik UK ni, masak je mana yg terlintas asalkan Talhah selera. Biasalah, kalau kat sana dia masak sendiri....tau2 jelah kalau masak sendiri ni, kdng2 menambat selera...kdng2 pulak hilang selera. Jadi masa dan kesempatan yg ada ni makanlah masakan mama sepuasnya. Resepi asal dari Chef NorZailina Nordin dan saya pernah buat di SINI. Pada peminat spaghetti bolognese tu, bolehlah cuba....puashati dan puas makan bila masak sendiri ni.



Sunday, April 13, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi bersama Nenas

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu ni minggu makanan laut. Maklumlah anak bujang balik bercuti, jadi teringin sngt nak makan ketam dan udang. Hari ni mama masakan ketam pulak, biar puas makan. Bila tngk anak2 berselera makan, hati ni senang sangat rasanya....lebih2 lagi bila nampak depan mata menjamu selera masakan mama. Resepi ni pernah di cuba sebelum ni, mmng sedap sangat. Terima kasih K.Ummi berkongsi resepi. Walau lama akak tak bersiaran, tapi Yatie tetap singgah cari2 idea masakan. Kadang2 tu takde idea nak masak apa, jadi carilah resepi2 di blog kawan2...ianya bnyk membantu.


 
Bahan-bahan
  • 10 ekor ketam (sederhana besar) - kerat dua atau biar sekor2 je.
  •   2 batang serai - diketuk 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam gelugor
  •  1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
  •  garam dan gula secukup rasa
  •   minyak untuk menumis


Bahan2 Kisar
  • 10 biji cili padi 
  • 2 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisardan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah.
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.

Wednesday, April 9, 2014

Udang Masam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu yg sangat di gemari kami sekeluarga. Kebetulan Talhah balik bercuti, lama tak makan lauk udang katanya. Bila mama dengar, apalagi...campak2 jadilah udang masam manis ni. Resepi ni mudah je, asalkan udangnya fresh, mmng sedaplah masakan kita. Talhah makan penuh selera, sedap tu hingga menjilat jari.  Resepi ni boleh juga lihat di SINI. Jom semak resepi mudah ni.





Bahan-Bahan
  • 1 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit, dan sedikit gula
  • sedikit daun sup -utk tabur atas udang
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
Cara Memasak
  1. Udang di gunting muncungnya, cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan. Tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

Monday, April 7, 2014

Seri Izati ke PLKN Sembrong Batu Pahat dan kepulangan Talhah yg mengejutkan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu yg sibuk sangat rasanya. Hari ni barulah ada kesempatan utk update blog. Tak taulah makin lama makin malas je nak berblogging, mungkin masa yg terlalu sibuk menyebabkan diri ini makin kurang bersiaran di alam maya ni. Walau mcamana sibuk pun, saya tak akan menghampakan pengunjung blog Sinar Kehidupanku ini.

 Sebenarnya pd 3-6 april, suami saya ke Sandakan Sabah atas urusan kerja. Dalam hati binggung memikirkan anak yg akan ke PLKN pd 6 april sbb takde orng yg nak hantar. Akhirnya setelah berbincang, adik ipar luangkan masa utk hantar kami anak beranak ke dataran JB.  Dalam pd sibuk mengemas brng2 keperluan Seri, saya di kejutkan dngn kepulangan anakanda Talhah dari UK pd mlm ahad. Saya tak sangka ketukan pintu yg di sangkakan orng dtng, rupanya kemunculan Talhah di depan pintu. Hati ibu mana yg tak terkejut kan, walau terkejut tapi hati ini gembira dan syukur sangat sbb Talhah selamat sampai Msia.

Talhah dah slmt sampai di KLIA pd 4 april rupanya. Dia bermalam di rumah kawannya yg sedang cuti semester. Kebetulan kwn baiknya tu belajar di UTM, so hari sabtu tu, dia tumpang sekali kawannya ke rumah. Pandai betul dia simpan rahsia utk beri kejutan pd keluarga kali ni. Kali ni mmng berjaya dia wat surprise.....mama tak dpt kesan langsung pun...bayang2 pun tak dpt tau..adoyaii..mungkin mama terlalu sibuk, tu yg tak terfikir langsung kepulangan anakanda Talhah....Kalau mama tau, dah tentu mama tak sabar nak tunggu kepulangannya dan masak mcm2....he3...

Kebetulan ayahnya takde, jadi Talhah ikutlah hantar adiknya Seri ke PLKN. Rasa seronok pula, terasa kurang kesedihan yg di alami sbb berpisah dngn Seri kali ni. Maklumlah Seri pergi ke PLKN....Talhah pula balik ke Msia. Saya amat bersyukur sangat sbb di anugerahkan anak2 yg sentiasa menyenangkan hati kedua orng tuanya. Moga ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Inilah serba sedikit gambar yg sempat di ambil buat kenang2an. Masa ni, Hamka paling sedih sbb berpisah dngn kakaknya buat pertama kali, puas memujuknya, akhirnya Hamka dpt terima kenyataan.
Bila pulang ke rumah je, tanpa di sedari Dina pula yg rasa sedih sangat. Bila sorang2 tu, nampak linangan airmatanya membasahi pipinya. Terasa kehilangan seketika. Hamka dngn Dina ni mmng rapat dngn kakaknya Seri, tu yg terasa sedih sngt tu. Takpe lah...lama2 nnti dah biasalah tu...

Buat anak mama SERI IZATI, setiap detik...mama dan abah sentiasa doakan kesejahteraan anakanda di PLKN. Pandai2lah jaga diri di sana ya, moga Seri sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah dan sentiasa dlm pelindunganNya. Aamiin..







Wednesday, April 2, 2014

Kek Lapis Kukus Asam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, rindu rasanya bersama blog kesayangan saya juga para pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih pd pengunjung yg masih sudi singgah blog ni dan mencuba resepi2 yg ada di sini. Saya amat2 menghargainya, moga sama2lah kita dpt manfaat yg baik di alam maya ni dngn berkongsi resepi dan idea masakan. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek kukus asam manis yg mudah dan kerap saya buat. Resepi asal dari K.Fida, mmng suka resepi ni sbb mudah dan semestinya sedap. Pada peminat kek lapis kukus asam manis tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.




Bahan-bahan (loyang  9x9x3 inci)
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Related Posts with Thumbnails