Friday, February 21, 2014

Karipap Sardin dan Kentang Yg Sedap

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni buat karipap bulat pula. Kebetulan mood rajin, tu yg buat bulat2 tu. Resepi mmng guna yg selalu tu, mmng sangat mudah, sedap dan rangup je...yg penting karipap ni tak berminyak. Saya ,mmng suka guna resepi ni. Terima kasih pd penyumbang resepi asal, izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya di sini. Kali ni saya buat inti sardin dan kentang....mmng sedap. Pada kwn2 yg tak suka sardin tu, buatlah inti kegemaran ya.



Bahan-Bahan

  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
Cara menyediakannya
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak. 
Bahan utk inti
  • 1 tin besar sardin
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan ptng dadu
  • 4 tangkai lada merah/hijau besar>> dihiris
  • 2 biji bwg besar 
  • 2 ulas bwg putih
  • garam dan gula
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara menyediakan inti - 
  1. Kentang yg di potong dadu di rebus hingga separuh masak, toskan.
  2. Sardin di toskan airnya dan hancur2kan.... ketepikan.
  3. Hiris atau cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada merah dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang dan sardin yg di hancurkan, gula dan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan sedikit jus limau kasturi dan gaul sebati. Kalau rasa dah ok, bolehlah di angkat dan sejukkan. 
  6. Masak hingga kering sedikit.

7 comments:

  1. Aslmkum yatie... rindunya nk bw... sekli2 jer smpt mjengah... sendirinya punya pun dah tak tersinggah.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Aslmkum yatie.. sedapnya dpt mkn karipap panas2...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Kena buat ni. Thanks sharing.

    ReplyDelete
  4. Mmg sedap ni...tak pernah lagi guna 3 jenis tepung. Teringin nak cuba...T/Kasih share resepi, yatie :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih. memang sedap. terbaik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails