Thursday, February 27, 2014

Apam Kampung Gula Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai yg suka apam kampung ni kan. Bila sebut apam kampung ni teringat masa kecik2 dulu. Mak kerap betul buat apam ni, kalau buat tu mesti dpt 2 loyang besar. Kami adik2 beradik puas makan apam yg mak buat. Gara2 suka sngt apam tu, sampai skrng saya suka apa2 jenis kuih apam. Pantang betul bila dengar kuih apam je, tetap nak cuba buat dan rasa. Sekarang ni banyak resepi2 apam moden dan hasilnya cantik2....tapi selera kampung saya kuat, sbb tu tetap nak buat juga apam kampung ni. Anak saya pun pelik, kenapa digelar apam kampung. Saya cakaplah sbb ni apam dulu2, mmng makanan orng kampung mcm mama ni...lagipun bahan2nya pun guna tepung gandum yg mmng senang didapati....itu pd pendapat sayalah...kalau nak moden sikit tapi nak rasa yg asli, cuma gantikan warna je..letaklah warna merah ke, hijau ke....barulah nampak moden....kan...Pada peminat apam tu, boleh cuba resepi mudah ni...sedap taw....meh tngk resepinya..




Bahan A
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 minit.

12 comments:

  1. Yati sedapnya..lama dah saya tak buat apam...

    ReplyDelete
  2. sedapnya....gaul ngan kelapa parut...walaweiiiiii

    ReplyDelete
  3. akak mmg suka apam ni yatie, yg kampong ke yg bando ke janji apam mmg suke sangat sangat heeee mcm cantik je barbaris apam tu

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak buat apam..Wajib dicuba resipi ini :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Mohon share resepinya. Tq

    ReplyDelete
  6. Kelmarin sudah cuba buat..mmg enak bangat.....tks share resipi....

    ReplyDelete
  7. Slmun'alaikum wmwb
    Jzkk atas perkongsian resepi.

    Nak tnya sukatan di atas, berapa biji yg dpt dgn mengguna acuan kecil
    syukron

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share resepi...nak buat malam ni..:)

    Ada masa free...jom lawat blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa...thanks share resepi

    ReplyDelete
  10. Salam.
    puan terima kasih kongsi resipi n cara buat.
    alhamdulillah smlm naik apam saya ikut cara ni..cuma x letak pandan je.
    sblm ni naik jgk tp naik gitu2 je.

    ReplyDelete
  11. Terima.kasih share resepi..semoga dimurahkan lagu rezeki sbb x kedekut ilmu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails