Monday, November 4, 2013

Ayam dan Nangka Muda Masak Lemak Cili Api

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Maal Hijrah 1435H buat semua umat Islam. Moga dngn kehadiran tahun baru ini kita sama2 dpt memperbaiki diri kearah yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Semoga setiap amal ibadah kita di terima Allah SWT. Aamiin. Sayur nangka muda ni saya masak minggu lepas, baru ni lah berkesempatan kongsikan kat sini. Sebelum ni pernah juga masak spt diSINI. kalau dah masak nangka muda bersama ayam ni mmng takmo lauk lain dah, gandingkan dngn ikan masin dan sambal belacan je pun dah cukup....maunya bertambah2 nasi dan lauk. Pada peminat2 sayur kampung mcm ni, bolehlah cuba resepi mudah ni...jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan

  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 4 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 btng serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan ayam yg di ptng kecil tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata. Setelah ayam separuh masak, masukkan nangka muda yg di rebus tadi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.

5 comments:

  1. salam yatie, dah lama tk singgah jenjalan sini tercium masak lemak tu aduss memikat selera ni, dah lama tak makan nangka muda masam macam ni, esuk lusa kena cari gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tercium masak lemak cili api tanpa jangan sampai tercium yatie sudah..

      Delete
  2. saya rasa kak yatie mmg suka nangka.....kheee..ayam pun leh masak ngan nangka rupanya....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie cayang...apa khabar? Lamanya x singgah dapur geng2 ni...sedap nampak ayam dgn nangka masak lemak cili api nih, terus akak zaaapppp masuk dapur Yatie....adeeh lapar la pulak, x makan tghri lg nih...td blk kenyang je rasa.... @__@

    ReplyDelete
  4. sedapnye
    my peberet ni
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blgo ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no4086

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails