Sunday, September 29, 2013

Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan begedil ayam. Biasanya time buat soto baru ada begedil ni, tapi hari ni saja nak makan begedil mcm tu je sbb kentang banyak kat rumah. Biasanya saya buat lebih mengikut adunan di bawah. Simpan dlm petiais, nak makan barulah goreng..mmng sedap. Resepi mudah je, boleh juga lihat di SINI



BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada putih - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.(tak tumis pun takpe)
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

9 comments:


  1. salam Yatie...senang nak makan bila di frozenkan...

    ReplyDelete
  2. rajin betul la K.Yatie ni...nanti nak cuba la wat begedil ni...

    ReplyDelete
  3. Arek tak colong sakpireng gowo mbelayu... tak pangan sedawaney dalan.... enak'e!

    ReplyDelete
  4. waaa.. tq utk resepi..
    husband suka begedil..
    nasib la ada binik kurang pandai masak..
    haha

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie... sedapnyerr.. tun kalau mkn soto, biasanya bergedil lagi byk dr nasi himpit.. hihi

    ReplyDelete
  6. Sedap. Biasanya ada soto wajib ada bergedil

    ReplyDelete
  7. Baru buat smlm.. anak suka sgt.. makan mcm tu je..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails