Wednesday, July 3, 2013

Kek Coklat Kukus-Moist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek lagi, kebetulan tengah rajin buat kek, dapatlah anak2 dan suami makan kek. Kalau mood merundum, jangankan kek, nak makan jemput/cekodok pun payah...he3...Kek coklat ni sedap sangat, mmng kena betul dngn selera kami sekeluarga. Sebelum ni pernah buat di SINI, dan kali ni buat takyah letak topping segala...pun dah cukup sedap. Makan pula dngn buah ceri fresh...perghhhhh..mmng confirm sedap yg amat taw...Kalau tak caya, buatlah kek ni, pastu beli buah ceri cepat2...he2..



Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

10 comments:

  1. Kalau ada coklat cair kat atas dia mesti lagi sedapp, ni pun dah teliur

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    wah, kek coklat..em, sedapnya..menarik juga ya makan dengan buah ceri tu..

    ReplyDelete
  3. akak pun suka gak buat kek coklat ni bila semua anak ada kat umah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...yatie nampak pun mmg dah sedap...rasa cam nak mintak jer sepotong...hishh bile lah saat kerajinan nak dtg ni....teruja pulak....=)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Kak Yatie cayang.. Aduhai.. Terliur.. :-)

    ReplyDelete
  6. Ok tu kak klu tgh rajin..on kn aje kan..tp kan kak, susah nk jmpa ceri tu...

    ReplyDelete
  7. seriously nmpkk sdap sngt!! nak buat tkot x jdii...xpnahh lgii buat kek.....heheheh~~
    sis tepung 2 gaul dgn campuran btnde* atas api 2 kerr??? please reply...nk bljrr buat nieeyyy... :P

    ReplyDelete
  8. salam kak... biasenye cklt mskn akak gne brand ape ye..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails