Thursday, January 24, 2013

Kek Labu Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kek labu manis. Biasanya labu ni sedap di buat kuih bingka, kuih talam, puding ataupun di masak lemak. Kali ni saya cuba pula buat kek menggunakan labu. Rasanya sedap dan tetap moist je walau di biarkan seharian. Pada peminat labu tu, bolehlah cuba kek labu ni, mmng sedap sangat. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 juga boleh tngk di blog Amie juga, mmng gebu kek ni dan sangat sedap. Jom semak resepinya.




 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

7 comments:

  1. mcm dpt imagine rasa kek ni lemak2 manis, hehe. bahan2 pun mudah jer cuma kena cari labu dulu la. selalu klu tgk labu kt pasaraya, geram jer. tp bila balik rumah buat masak lemak jer. ni idea canggih jgk dpt buat kek ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik kuningnya kek tu... gerenti sedap kan!? nyam2x

    ReplyDelete
  3. salam dek yatie manis.. cantik warna kuning labu tu..hati ku tertawan.. kak teringin nak makan kek dah berhari2 dah.. semalam dah beli telur harap2 hari ni ada mood ...

    ReplyDelete
  4. Sedap jer tengok kek ni... lagi gebus kalau dapat sepotong kak yatie :D

    ReplyDelete
  5. nampak moist sungguh.. sedapnyerrrr... tak cuba2 jugak lagi sejak nampak kat blog amie dulu....

    ReplyDelete
  6. asslkm kak .. sedapnya Nampak kek tu.. Nampak teksturnya pun dah sedap.. tq akak ingat juga kat ita dan atas doa akak tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails