Friday, October 19, 2012

Bingka Nestum Crunchy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kuih bingka. Kalau nak senang, buat je jemput2 bilis...lagi laku. Kebetulan arini siap masak cepat, jadi saya pun buatlah kuih bingka nestum ni. Tak sabar nak rasa bingka yg di letak nestum ni. Bila dah masak tu, dapatlah merasa. Ternyata mmng sedaplah kuih ni, nak buatnya pun mudah je. Kebetulan kat rumah ni mmng ada je stok nestum, tu yg terus buat. Anak dara saya Seri dan Dina mmng suka makan nestum utk sarapan pagi. Bila buat kuih ni, mereka berdualah yg tak sabar merasa.

Sebelum ni pernah nampak HaSue buat bingka nestum ni, tapi dah ditambah perisa pandan. Sebenarnya saya nak letak perisa pandan juga, tapi dah siap letak santan dan susu cair, baru teringat nak blend daun pandan..so tak jadilah nak wat perisa pandan. Kali ni saya letak sedikit pewarna kuning dan tambah sedikit esen vanilla..harum je bau kuih ni masa di bakar. Terima kasih pada Datin Lulu coz berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, kenalah cuba...mmng sedap sangat....


Bahan-bahan ( loyang 9x9 inci )

  • *2 cawan tepung gandum
  • *2 cawan santan
  • *1 cawan susu segar@ full cream
  • *5 biji telur (B) - cuci dulu
  • *3/4 cawan gula pasir
  • *3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis
  • *1 sudu besar tepung jagung
  • *1 sudu kecil garam halus
  • *2 sudu besar butter - dcairkn
  • bahan bertanda* dblend hingga sebati
  • 1 1/2 cawan nestum original 
  • 1 sudu kecil esen vanilla-Yatie tambah
  • sedikit pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-cara

  1. Panaskn oven 180'C
  2. Satukn bahan yg dblend &masukkan nestum  dan gaul sebati (menggunakn hand whisk)
  3. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil...
  4. Masukkan/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum diatasnya
  5. Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, cam biasalh...tunggu sedikit sejuk baru potong, ya...
  6. Selamat mencuba . Bagi mendapatkan permukaan yg garing, guna api grill selama 5 minit atau sehingga perang permukaannya.

6 comments:

  1. mmm Nampak cam menarik, nanti boleh la cuba tq recpnya....

    ReplyDelete
  2. slm kak Yatie...sedapnya..tgk resepi pon mcm amat mudah sje pyediaannya tu...amik resepi yea...tq

    ReplyDelete
  3. ct pun buat kuih bingka jgk tp jenis pandan..

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie...

    lapar perut..
    dah terbau-bau dah keharuman bingka ni..
    Nanti nak cuba jugak lah.. lama jugak ni tak makan bingka ^_^

    ReplyDelete
  5. salam. Er, nak tanya. Kiranye total butter nak digunakan 3 sdb atau dripada 2 sdb tu, 1sdb untk diblend dan lg 1 sdb untk dicairkan dalam loyang? Konpius2. Tq.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails