Wednesday, October 17, 2012

Awol Awol Hoen Kwee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah dengar tak nama kuih ni? Sebelum  ni mmng pernah dengar tapi tak pernah rasa pulak kuih ni. Bila tngk bahan2nya simple je dan cara buatnya pun mudah. Jadi petang tadi saya buatlah kuih awol2 ni. Tak sangka mmng sedap, seakan2 puding dan macam kuih kaswilah pulak. Bila sebut je kuih awol2, Hamka lah orng pertama yg gelak besar....dia klakor bila mamaNya sebut AWOL2. Mula2 tu dia takmo makan sbb nama kuih tu mcm pelik dan tak pernah dengar agaknya. Bila dah rasa....haaaaa.. baru dia tau betapalah sedapnya kuih ni, lembut dan lemak je. 

Terima kasih pada Kak Fida sbb kongsi resepi mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap.  


Bahan- bahan 
  • 1 cawan tepung Hoen Kwee (120g) 
  • 1/2 cawan gula pasir* 
  • 3/4 cawan gula merah* 
  • 1/2 sk garam* 
  • 4 cawan air atau santan cair*(Yatie guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya air) 
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan* 
  • sedikit pewarna coklat (opt.) kelapa parut putih,garam dan daun pandan - dikukus  
Cara-cara
  1. Masak air/santan bersama kedua2 gula,garam dan 2 helai daun pandan hingga mendidih.Tapis dan sejukkan. 
  2. Campurkan tepung hoen kwee, air gula tadi dan pewarna coklat, jika suka dan kacau rata.Masak adunan sambil dikacau sentiasa hingga pekat dan licin. Guna api sederhana je. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yg disapu sedikit minyak.Biarkan kuih benar-benar sejuk Potong kuih kecil2 dan balutkan dgn kelapa parut atau cicah saje dengan kelapa parut ketika menghidang.

12 comments:

  1. Salam kak yatie....ehem ehem...mcm tergoda pulak saya....haha..

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah kak yatie....first time saya dengar nama kuih ni...tentu sedap.

    ReplyDelete
  3. Mcm kaswi ye kak......tp pakai santan...

    ReplyDelete
  4. Menyelerakan.....!!! Sedap buat mnum ptang nie kak....tambah2 cuaca petang skrng yg mendung je nie.....

    ReplyDelete
  5. salam kak, kuih ni pernah makan, tapi kat kg saya tak ingat dipanggil nama apa...

    ReplyDelete
  6. salam dek yatie manis
    agaknya kalu buat warna hijauuu pasti nak hamka suka..dan tak rasa pelik kan kan kan hehehe

    ReplyDelete
  7. kalau kuih yg gunakan tepong honkwe sepenuhnya sememangnya sedap! kita pernah rasa gak dulu... bahannya cuma tpg honkew, santan, gula pasir & hirisan nangka.. memang best... kuih ni mesti lagi sedap dari kaswi kan..

    ReplyDelete
  8. Yatie, bnyknya gula. Tak manis sgt nanti ker? Kjee ni penakut manis.

    ReplyDelete
  9. nakkkkkkkkkkk......... zila66

    ReplyDelete
  10. salam ziarah kak yati..kecur liur ny tgk kuih muih yg akak buat....kat umah ct hanya ct je peminat kuih..en suami xlayan..aduhs pening kepala..hukhuk

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails