Thursday, August 2, 2012

Tart Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kogsikan bersama resepi tart bunga yg saya buat 2 hari lepas. Sebenarnya nak buat masa hari minggu, tapi dok sibuk jln2 shopping tu yg tak jadi buat. Lagipun dah letih, kalau buat gak dlm keadaan mood yg tak stabil....alamat kuihnya pun ikut tak stabillah...he3, faham2 jelah ya.

Resepi dari Kak Fida ni mudah je, takyah guna mixer segala. Pada kawan2 dan adik2 di luar sana yg nak cuba buat tu, bolehlah mencubanya. Bab inti tu saya guna yg dah siap je, takyahlah susah2 nak kupas nenas, nak parut dan masak hingga kering lagi...tiada kerajinan di situ. Jadi bagi memudahkan kerja.... beli je inti nenas tu, pastu suruh anak dara saya gentel bulat2 inti tu dulu, mudah bila nak di gunakan.

Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi tart bunga ni di myresepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 boleh juga lihat resepi di SINI bagi membuat Tart Gulung.




Bahan-bahan ( 90-100 keping )
  • 250 gm mentega (nak sedap guna yang berkualiti)
  • 2 sudu besar minyak sapi-saya tambah
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 10 sudu besar tepung jagung/kastard - ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla (opt)
  • 350 gm tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)
  • Inti nanas secukupnya-buat bebola kecil
  • paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
  1. Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
  4. Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka.
  5. Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

13 comments:

  1. ada susu manis dan minyak sapi.rasa dia mesti sedap kan kak..izinkan adik salin ye kak resepi.suka sgt mkn tart bunga camni berbanding tart gulung

    ReplyDelete
  2. Yatieeee dah mula mengukis eh...cantik tart munger2 diaaa...pasni wat kukis lebih2 kan sikit eeehhh...tuk akak....akak malas la nak buat kukis raya ni..ngapa ntaahh...hehe

    ReplyDelete
  3. suka mkn tat nenas tp tak rajin nak membuatnya... tak cukup masa sebenarnya... bila weekend je ada pulak hal lain nak kena setel... hari kerja lagilah tak sempat nak buat apa pun.. hehe..

    ReplyDelete
  4. berbunga-bunga hati nak raya rumah Kak Yatie ;-))))

    ReplyDelete
  5. Asslmkum kak!
    Wah! Dah buat tat ya. Smlm masa pg tesco ada tgk tepung tat siap dgn inti nenas sekali. Time tu raa nak beli ja. Tp bila fikir, x tau mcm mana hasilnya nnti sedap ke tak. . X jd la beli. Baik skodeng resepi sedia ada yg mmg dah tentu tau sedap. Klu x sedap x kan resepi tu top. :) heee

    ReplyDelete
  6. tengok resepinya memang dapat bayangkan tat ni sedapppp... cntik pula tu bentuknya...

    ReplyDelete
  7. halaman rumah Yatie munga dh brkembang mekar rasa mcm kkay nk petik lah sekuntum msk mulut :)

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie.comei tat bunga itu..tat antara biskut kegemaran yg tak pernah miss tiap raya...sedappp.

    ReplyDelete
  9. tengok tart akak ni teringat prmintaan anak dara sunti saya supaya umminya buat tart ni malam tadi..dulu masa kecik2 mak saya suka buat tart bunga, cuma tak bubuh dalam paper cup je..kecik2 macam ni senang masuk mulut..pastu ambik lagi, lagi, lagi..ehee

    ReplyDelete
  10. Assalam kak Yatie, dah start buat biskut raya yer...rajinnya akak. cantikla tart bunga ni. saya juga tak start buat apa-apa biskut pun lagi.

    ReplyDelete
  11. salam yatie...wah,semangat raya dah berkobar2 kat umah yatie.Sonpk tgk kengkawan dah mula membaking :)

    ReplyDelete
  12. alahai akak belum stat mengukis lagik..xtau sempat ke x nk wat kukis..rasanye kita tunjuk2 jerla kot..hehe!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails