Friday, August 10, 2012

Spaghetti Bolognese 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka hari ni makan spaghetti bolognese atas permintaan anak2. Lama tak makan dan masak spaghetti macam ni, sedaplah pulak. Resepi macam biasa yg saya buat sebelum ni, cuma saya tambahkan lagi sos spaghetti yg sedia ada. Kalau nak mudah makan je yg dah siap kat botol tu samada jenama kimball/prego, tapi takdelah rasa daging kisar dan cendawan butang tu. Kalau masak sendiri, bolehlah tambah bahan2 kegemaran tapi yg bersesuaianlah ya. Kalau tambah macam2 nanti, hilang pulak rasa original sos spaghetti tu. Resepi asal sebelum ni boleh lihat di SINI. Kali ni saya tambah cendawan butang dan sos original prego..mmng bertambah sedap. Anda cubalah sendiri..pasti nak buat lagi..


Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 2 helai daun bay kering
  • 1 tin cendawan butang-(buangkan airnya, cuci, toskan dan ptng kecil) -Yatie tambah
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos, kalau nak kisar pun boleh)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 cawan sos spaghetti/kimball-(Yatie tambah)
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus lembut dan toskan
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato,sos prego, air, stok, puri, oregano, cendawan, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat dan sentiasalah di kacau.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Yati Sayang,
    Alhamdulilah hari ni Kak Lin dihidangkan dengan
    Spaghetti Bolognese yg sangat sedapppp...Kak Lin suka, bila ada masa leh cuba resepi ni...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yatie..

    Anak2 suka spaghetti ni tapi saya tak reti nak buat... terima kasih share resepi nanti saya cuba resepi ini, harap2 menjadilah... :))

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak buat spaghetti..... suka bubuh kuahnya banyak-banyak!

    ReplyDelete
  4. nanti nk cuba buat, nmpk sedap..nyum2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails