Wednesday, June 13, 2012

Cucur Susu Lemak Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Petang tadi saya buat cucur susu lemak manis resepi Kak Fida. Bahan2 simple je, tapi dlm simple2 tulah yg buatkan cucur ni sedap dan lemak manis rasanya. Rasanya ramai kawan2 yg dah buat cucur ni, macam biasalah saya ni asyik ketinggalan je. Maklumlah kalau tngk blog kawan2 tu semuanya nampak menyelarakan, kalau boleh semuanya nak di buat dan di rasa. Kebetulan serawa durian tu ada lagi, so saya makan bersama cucur susu inilah. Lagipun cucur ni tak berapa manis, jadi mmng sesuailah di gandingkan bersama.

Terima kasih pada Kak Fida, juga buat Mas dan Izah..mmng best cucur ni. Adunan ni pekat sikit, jadi saya tambahkan sedikit susu cair sehingga menjadi adunan yg di kehendaki, jngn terlalu pekat dan jngn terlalu cair ya..yg sedang2 saja..yg sedang2 sajaaaaaa....(eehh terdangdut pulak..he3..) Saya perapkan adunan dlm 20 minit pastu baru goreng. Selamat Mencuba, jom semak resepinya..


Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 1/2 sk baking powder - diayak
  • 1/2 sk bicarbonate soda - diayak
  • 6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
  • 1/2 cawan susu segar @ cair
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya :
  1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
  2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
  3. Angkat cucur dan hidangkan.

7 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhh

    pagi2 ayu bw piring kosong, alamak dh azan.. so tak leh ambil..
    hehehehhe..

    sis, kat sekolah umai setiap hari selasa,cucur susu lemak manis mmg menu u dia dan kawan2..

    sedap, lagi2 tambah sambal bt sendiri..kan

    ReplyDelete
  2. salam Yatie..
    gebunya nampak cucur susu lemak manis ni bahan pun simple je akak mmg suka try yg simple2 tak banyak songeh dan bahan pun mmg selalu ada kat umah..

    ReplyDelete
  3. cucur cmni senang la adda cuba..nk membaking xreti..heheh..suka jer tgk mulat2 jer..suka buat kecik2 sekali telan jer..(nampak sgt pelahap yer)..Ahaksss

    ReplyDelete
  4. Salam kak,
    sy dah cuba pun resepi kak Fida nie...mmg sedap...dah 2 3 kali jugak mmbuatnya....hehe...

    ReplyDelete
  5. saya pun dah wat resipi kak fida dari my resipi .memang sedap...dah banyak kali wat untuk bersarapan atau minum petang,....

    ReplyDelete
  6. memang warnanya kekuningan ye?

    ReplyDelete
  7. kalau tak guna susu pekat bole tak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails