Wednesday, January 25, 2012

Muffin Pisang Chocolate Rice

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mungkin ramai kawan2 yg dah balik semula ke rumah masing2 setelah lama bercuti di kampung. Kalau balik dari kampung tu, mesti ada ole2 dari kampung kan, termasuklah saya yg dpt pisang setandan ni. Bila pisang dah masak tu, siaplah berderet je menu yg berkaitan pisang.Puas makan pisang selain di buat jemput2, kek, bingka, talam, lempeng dan sebagainya...tenyata mmng laris je kalau menu pisang ni. Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Muffin Pisang Coklat Rice yg sungguh sedap....dahlah sedap, nak buatnya pun mudah je...tak payah guna mixer segala, kacau2 je pastu bakar..mudahkan. Resepi asal muffin pisang coklat chips dari Maklang, saya pula kopipes dari Hana dan Hana pula ambil dari Mamafami. Btw terima kasih pada penyumbang resepi, jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur- Yatie guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.

8 comments:

  1. Sedap ni kak yatie...nanti nk cuba jugakla..

    ReplyDelete
  2. cantik nampak muffin pisang ni...mesti sedap..

    ReplyDelete
  3. lama dah tak buat muffin pisang.. bila nak memuffin ni.. bagi saya rasa 3 ketul kak sambil berpikir ni

    ReplyDelete
  4. lagi satu godaan haha..nak try nnt..berderet dah resepi ni..

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan muffin pisang... nak buat entah bila yerk.. gi jer KR

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie manisss cayangg...mood dah ok ke blm tu... Xpa pi baking banyak2...terapi minda gitu... Pastu mintak kat akak 4 5 ketuii muffin pisang tu eh...muaahsss... ^__^

    ReplyDelete
  7. sodapnye nmpak muffin pisang ni kak yatie..ade ceklat lg mmg peberet sgt :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails