Tuesday, January 31, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang ni kita layan menu omputih pula. Sebenarnya saya buat Cotton Soft Japanese Cheesecake ni 2 hari lepas. Masa baru keluar dari oven tu, anak2 tak sabar nak merasa. Saya terpaksa sembunyikan dulu sbb nak tunggu betul2 sejuk dan nak letak blueberry topping. Dah lama berangan nak buat mcm tu, asyik tak kesampaian je, belum sempat di hias dah habis kek yg sedap tu. Biasanya buat kosong mcm tu je dan kawan2 boleh lihat di SINI. Kali ni saya hias sikit.....bila makan tu, fulamakkkkk sedap sangat dan nyaman je lalu kat tekak ni...terasa mcm kek yg beli kat kedai tu.

Terima kasih pada penyumbang resepi asal Alma kat myresipi dan saya kopipes dari blog Kak Ummi. Pada yg belum mencuba tu bolehlah cuba..mmng berbaloi. Tak tau nak cakap mcmana lagi betapalah sedapnya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Topping Yatie guna resepi AlongRoz.

TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
Caranya
  1. Campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

Kuih Getas-Getas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya kuih getas2 ni saya buat petang semalam atas permintaan suami. Mula2 tu terperanjat gak sbb suami kata teringin sangat nak makan kuih yg liat2 sikit, pastu ada kelapa dan di sira gula. Dalam hati ni dok fikir kuih apalah agaknya. Suami kata kuih tu senang je, bahan2 pun taklah banyak sangat....Puas saya meneka dan akhirnyaaaa inilah kuih lama yg sentiasa segar di ingatan suami tercinta. Bila dah tau tu, saya pun carilah resepi kuih getas2 ni sbb dah lama sangat tak buat. Hari tu nampak Kak CT buat kuih ni, dan kali ni saya cuba resepi Teratai Desa@myresipi. Tak sangka pulak anak2 pun suka sangat kuih ni...lebih2 lagi Seri dan Dina. Kalau kuih tak kaler ijau mmng Hamka takmo makanlah...dia kata kuih ni lekitlah..hai macam2 Hamka ni. Suami saya apalagi..tersenyum je makan kuih idamannya ni..mmng sedaplah sesekali layan kuih mcm ni. Terima kasih pada penyumbang resepi, jom semak resepinya. Kalau keluarga kecik tu, buatlah separuh adunan ya.


Bahan-bahan ( 25 keping, Yatie dpt banyak sbb buat kecik2 sikit)
  • 1 peket Tepung Pulut (500 gm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air- tuang sikit2 ya sampai jadi doh yg di kehendaki
  • Minyak secukupnya utk mengoreng kuih
Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
Cara-cara
  1. Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.
  2. Campurkan air dengan garam
  3. Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi
  4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.
  5. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.
  6. Goreng dengan api yang sederhana.
**Cara untuk buat sira gula,
  1. Campurkan Air dan gula di dalam kuali, masak hingga pekat, berbuih dan bertali baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  2. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.

Monday, January 30, 2012

Ikan Siakap Sos Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang lauk semalam. Walau semalam tapi masih teringat2 lagi kesedapannya. Ikut resepi asal menggunakan ikan talapia, tapi saya guna ikan siakap. Saya masak 2 ekor sederhana besar dan gandakanlah bahan2 rencahnya. Terima kasih pada Kak Ummi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya...mmng sedap betullah kak, lenkali nak tukar pada telur atau ayam pulak, bolehkan...suka rasa kuah sos hitam mcm ni...


Bahan-Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor tilapia sederhana besar - Yatie guna ikan siakap, cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak:-
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!

Sunday, January 29, 2012

Bingka Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni layan bingka pisang mmng sedap sangat. Lepas masak tengahari tadi, saya terus buat bingka ni. Bila petang2 ni dah bolehlah di makan...mudahkan, takyah nak fikir2 lagi nak wat minum petang. Bingka pisang resepi DZana ni mmng mudah dan sedap sangat. Sebelum ni pernah buat di SINI, terima kasih DZana..pada kawan2 yg belum mencuba tu bolehlah cuba..mmng berbaloi. Jom semak resepinya sekali lagi.




Bahan-Bahan
(loyang 8 inci)- Yatie guna acuan bahulu pecah 8 dpt dlm 3 keping bingka ni.
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Saturday, January 28, 2012

Ikan Goreng Berempah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ok, kali ni nak kongsi resepi ikan goreng berempah yg saya masak tengahari tadi. Kalau nak cepat, biasanya letak kunyit dan garam terus goreng. Kali ni nak kelainan sikit cubalah resepi dari Dayang Jack ni. Tak rugi mencubanya, mmng sedap dan harum je bila di goreng ikan ni. Betambah sedap bila makan yg baru goreng tu...fuhhhh best tul. Jom kita semak resepinya..tq DJ.


Bahan-Bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara :
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.


Lemak Pucuk Manis Bersama Labu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas2 je sebab nak pergi jemputan perkahwinan kat rumah kawan. Ingatkan nak cuti masak, tapi macam biasalah Hamka tu mesti nak makan masakkan mamaNya juga. Saya pun masak ringkas2 je, yg penting sedap dan mengenyangkan. Hari ni masak lemak pucuk manis bersama labu, ikan goreng berempah dan sambal tomato. Lauk2 biasa je tapi nak kongsi kat sini juga buat rujukan anak2 di masa akan datang.



Bahan-bahan
  • 1/2 biji labu kuning-kupas dan di potong
  • 1 ikat pucuk manis
  • 2 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran,rendam dan toskan
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Kupas labu dan potong dadu besar.
  2. Tumbuk halus bahan2 yg bertanda* Masukkan bahan2 yg di tumbuk ke dalam periuk yg berisi labu.Masak sehingga labu sedikit empuk.
  3. Masukkan pucuk manis dan masukkan santan cair. Gaul sebati.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula....masukkan santan pekat dan gaul lagi....biarkan hingga mendidih. Setelah siap bolehlah angkat dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

Friday, January 27, 2012

Donut Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Donut keledek ni saya buat malam tadi. Donut ni lembut sangat dan ianya tetap lembut walau dah seharian, pagi ni boleh buat sarapan. Resepi asal menggunakan kentang dari Ros dan telah di tukar dngn keledek oleh K.Nor. Kali ni saya juga guna keledek oren seperti K.Nor...mmng sedap sangat. Ramai kawan2 dah mencubanya, anda bila lagi? Apa kata petang ni buat donut ni wat minum petang...mudah je, kalau takde keledek gantikan je kentang. Jom semak resepinya..



DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis

Bahan-bahannya
  • 250 gram tepung gandum
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
  • ( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Donut Keledek K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis
Cara2nya sama seperti di atas. Selamat Mencuba..mmng best.

Thursday, January 26, 2012

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu. Kadang2 kita tak menjangkakan hidup kita ni selalu je happy, ada masa kita di landa badai juga. Walauapapun dugaan yg mendatang, kita mesti redha dan hadapinya dngn sabar dan tabah. Semua ini menguatkan semangat kita utk meneruskan kehidupan yg makin mencabar dan menjadikan diri kita lebih dekat dngn Allah swt. Pesanan utk kawan2 diluar sana juga utk ingatan diri saya sendiri supaya janganlah kita memandang rendah dngn kebolehan dan kelebihan orang lain. Jadikan kelebihan/kebolehan yg di miliki kawan2 kita tu sebagai pembakar semangat utk kita ke arah tu.

Oklah, takmo cakap banyak, nanti lain pula jadinya. Kali ni saya nak kongsikan resepi Tiramisu Biscotti yg saya buat pagi tadi. Sebenarnya dah lama teringin nak buat dan rasa tiramisu biscotti ni, tapi asyik tak jumpa je biskut jejari ni. Kebetulan minggu lepas kat kedai bahan2 kek tu ada sebungkus biskut ni, saya pun belilah. Kalau ada lebih, mesti dah beli lebih punya.
Bila dah buat tu, tak sabar nak merasa...bila rasa je sepotong tiramisu biscotti ni.....fuhhhhh mmng sedap betullah. Tak sangka anak2 pun suka dngn tiramisu ni....lebih sedap lagi bila di tambah blueberry filling kat tengahnya....mmng syokkk gitewwww lalu kat tekak.

Terima kasih pada Kak E dan juga Rabiatun kerana berkongsi resepi tiramisu biscotti ni. Pada kawan2 yg nak cuba buat tu, bolehlah cuba resepi ni...mesti menjadi punya. Jom semak resepi.



Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  • sedikit blueberry filling (ni Tun tambah)
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
* Note Rabiatun:
Saya ada tambah 1 layer Blueberry Filling untuk menambahkan rasanya. Yatie pun sama juga

Wednesday, January 25, 2012

Muffin Pisang Chocolate Rice

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mungkin ramai kawan2 yg dah balik semula ke rumah masing2 setelah lama bercuti di kampung. Kalau balik dari kampung tu, mesti ada ole2 dari kampung kan, termasuklah saya yg dpt pisang setandan ni. Bila pisang dah masak tu, siaplah berderet je menu yg berkaitan pisang.Puas makan pisang selain di buat jemput2, kek, bingka, talam, lempeng dan sebagainya...tenyata mmng laris je kalau menu pisang ni. Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Muffin Pisang Coklat Rice yg sungguh sedap....dahlah sedap, nak buatnya pun mudah je...tak payah guna mixer segala, kacau2 je pastu bakar..mudahkan. Resepi asal muffin pisang coklat chips dari Maklang, saya pula kopipes dari Hana dan Hana pula ambil dari Mamafami. Btw terima kasih pada penyumbang resepi, jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur- Yatie guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.

Tuesday, January 24, 2012

Rendang Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih bercuti lagi ke sempena CNY ni? Tentunya seronok dpt berkumpul bersama sanak saudara, macam cuti raya aidilfitri pula. Bagi saya cuti sklh mmng seminggu, tapi cuti suami hanya 2 hari je..so esok dah start kerjalah. Apapun kami merasa gembira dan seronok bila dpt pulang kekampung ziarah ayah dan bonda tersayang.
Ok hari ni nak kongsikan resepi rendang ayam yg saya masak 2 hari lepas. Rendang ni resepi Kak Liza dan saya kopipes dari Kak Ummi...mmng mudah dan sedap sangat. Pada kawan2 yg masih tercari2 nak masak apa cuti2 ni, bolehlah cuba resepi rendang ni. Kalau ada tetamu yg datang secara mengejut tu..bolehlah panaskan rendang ni buat lauk tambahan. Jom kita semak resepinya dulu...pastu bolehlah cuba...


Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Sunday, January 22, 2012

Green Peas Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni tayang biskut kacang peas kat sini. Sebenarnya masa raya puasa aritu nak buat tapi tak jumpa2 tepung kcng peas ni. Kebetulan semalam saya beli barang dan bahan2 kuih terjumpalah tepung kcng peas ni secara tak sengaja. Jadi belilah sebungkus sbb cuma tinggal sebungkus je kat kedai tu. Hati ni tak sabar2 nak buat dan merasa, sbb sebelum ni pernah makan kat rumah adik...sedap sungguh biskut ni. Habis sebekas kuih tu saya sorang je yg makan...hinggakan adik saya beri sebalang biskut ni masa nak balik...hati ni berbunga rianglah sbb dpt biskut kegemaran..free lagi. Bila adik dtng rumah, saya tukarlah pula sebalang biskut kegemarannya pula..adilkan..he3..

Ok, malam tadi saya buatlah biskut ni 4 adunan terus..hah3 tamak sungguh. Dalam hati dah terbayang kesedapan biskut ni. Bila dah masak je, saya pun rasalah..fuhhhhh mmng sedap betullah, mmng inilah resepi yg dicari2 selama ini. Seketul demi seketul biskut ni masuk ke mulut saya..berlumba2 dngn Hamka yg sememangnya suka kuih warna hijau...dlm hati berkata2, nasib baiklah buat 4 adunan terussss....abes 1/2 loyang saya yg makan sendiri...mmng sedap betullah. Bagi kawan2 yg nak merasa biskut ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi. Terima kasih pada AlongRoz kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 cwn Tepung Kcg Peas
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

Saturday, January 21, 2012

Roti Goreng Lilit/Pintal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg dah mula pulang ke kampung sempena cuti CNY ni. Selamat bercuti semua dan berhati2lah semasa memandu, moga semuanya selamat sampai ke destinasi. Bagi saya mungkin esok baru balik sebab saya dan suami mmng orang Johor, jadi takde masaalah utk bercuti kat mana. Kalau balik kampung mesti dua2 rumah mak dan ayah kami singgah. Syukur alhamdulillah. Moga percutian ini dapat kita manfaatkan bersama keluarga tersayang.

Ok petang tadi sempat saya buat roti goreng lilit/pintal utk minum petang. Kebetulan petang tadi hujan, mmng sesuailah makan kuih2 yg di goreng dan panas...kena pulak dngn teh 0 panas, mmng best sangat. Makan sambil sembang2 dan tonton tv bersama keluarga tersayang. Memang saat2 inilah yg di nanti2kan....lebih2 lagi tngk anak2 makan dngn penuh selera, buat saya tersenyum je. Resepinya sama macam kita buat donut yg biasa2 tu, tapi kali ni saya guna resepi Kak Wan...terima kasih ya kak, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan
  • 350 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis segera
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur B
  • 125 ml susu cair suam
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 10 btng sosej- di rebus sebentar dan ditoskan
Cara-Caranya :
  1. Larutkan yis bersama susu suam dan gula. Kemudian masukkan tepung, garam, telur dan minyak masak, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  2. Tutup doh dengan kain lembab / plastik dan biarkan selama 30 minit hingga mengembang.
  3. Kempiskan adunan di atas papan canai yang di tabur tepung.
  4. Timbang 40gm setiap satu dan bulatkan.
  5. Untuk doh lilit, gelekkan doh memanjang dan lilitkan pada sosej.
  6. Rehatkan selama 15 minit lagi hingga mengembang 2 kali ganda.
  7. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.

Friday, January 20, 2012

Nasi Lemak Kuning (Tumis)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi lemak kuning tumis. Sebelum ni masak nasi lemak putih ataupun nasi lemak pandan je. Kali ni ada kelainan sikit sebab nasi lemaknya warna kuning dan rempahnya di tumis dulu. Ternyata mmng sedap dan harum je bila di makan. Sampaikan Hamka suruh saya masak nasi yg sama utk esok cuma tukar warnanya je..macam biasalah Hamka suka sangat warna hijau..jadi dia suruh masak yg warna hijau pulak. Bukan main selera anak2 dan suami makan hari ni.

Nasi lemak kuning ni saya gandingkan bersama Sambal Ayam Bunga Kantan. Memang gandingan yg mantaplah..sedap betul. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri. Ok jom kita semak resepi nasi lemak kuning ni. Terima kasih pada Kak Jun kerana berkongsi resepi ni dan kawan2 juga boleh lihat di blog MamaSya.


Bahan-bahan
( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
  4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.
Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Thursday, January 19, 2012

Roti Sosej Berkeju Rangup

Assalamualaikum dan Selamat malam semuanya. Sebelum tidur nak bagi idea utk ibu2 menyediakan sarapan utk esok pagi. Roti sosej inilah yg paling senang dan menjadi kegemaran anak2. Ibu2 boleh sediakan semua bahan2 malam ni, masukkan petiais dan esok pagi bolehlah gorengkan saja, mudahkan. Sebelum ni pernah buat di SINI dan terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom semak bahan2 yg di perlukan.


Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej. Kalau takde tak payah letaklah ya.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Ayam Kashmir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang lauk Ayam Kashmir pula. Sebenarnya ni lauk semalam, baru pagi ni sempat nak kongsikan resepinya kat sini. Resepi Ayam Kashmir ni saya kopipes dari Dayang Jack, mmng sedap sangat dan tak rugi mencubanya. Kali ni saya buat versi berkuah sikit. Kalau kawan2 nak kuah pekat bolehlah lihat di rumah K.Nor dan Kak Anymz. Terima kasih pada penyumbang resepi dan izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Bila petang tu, bolehlah buat roti jala..tu pun kalau rajinlah..kalau malas buat je lempeng pekak dan cicah dngn kuah ayam kashmir ni....fuhhh mmng best.


Bahan-Bahan :
  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
Bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun kari
Bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
  • A ir secukupnya
Cara-Cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
  4. Hidangkan setelah masak.

Wednesday, January 18, 2012

Talam ABC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni kita jamu mata dengan Talam ABC pula. Musim panas ni sepatutnya minum ABC, tapi saya makan Talam ABC pula. Sebenarnya tertarik dngn talam yg sangat cantik ni dan tak sabar nak merasa kesedapan kuih talam ni. Kalau nak beli kat pasar mestilah takde kan, jadi saya merajinkan diri menalam kuih yg di idam2kan. Waduhhhh sungguh berbaloi rasanya, selain cantik, menarik kuih ni mmng sedap sangat... terasa lemak manisnya. Lebih2 lagi bila tergigit jagung, cendol dan kacang merah tu...fuhhh mmng sedap betul. Kalau tak percaya..cubalah...

Resepi asal kuih ni adalah dari Chef Asma dan saya dah tukar pada sukatan cawan buat rujukan di masa akan datang. Kalau bab nak menimbang tepung ni malas betullah, kalau boleh semua resepi dah di sukat guna cawan metrik..cepat dan mudah kerja...he3.. Pada peminat kuih talam ni bolehlah mencubanya...mmng sedap sangat...hai berapa kali daaaaa nak ckp sedap...mmng sedap sangat punnnn....




Bahan Lapisan Bawah (loyang 10x10x3)

(A)

  • 2 cwn tepung beras
  • 4 sb tepung Hoen Kwee (putih)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
(B)
  • 1 cwn cendol (toskan airnya)
  • 1 cwn whole kernel corn (toskan airnya)
  • 1 cwn kacang merah ( yg telah di rebus dan toskan airnya)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A dan dikacau hingga sebati.
  2. Masak atas api sederhana sehingga nak wap. (separuh pekat)
  3. Masukkan bahan (B) & gaul hingga sebati.
  4. Tuang kedalam loyang yg di alas plastik dan di sapu minyak kelilingnya, kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna pink
Cara-Caranya.
  1. Satukan semua bahan2 utk lapisan atas, kacau sehingga rata.
  2. Masak sehingga naik wap(sedikit pekat)
  3. Cakar sedikit gunakan garfu lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas.
  4. Kukus lagi selama 25 minit.
  5. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik.

Garlic Bread and Creamy Chicken Soup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya baru lagi saya buat Mushroom Soup, ni dah buat lagi atas permintaan suami dan anak2. Semuanya suka mushroom soup ni. Kali ni kami sekeluarga makan bersama garlic bread pula, makan masa panas2 mmng sedap betullah. Mushroom soup yg saya buat aritu takyah tumis dan letak bawang segala. Resepi kali letak bawang cincang dan perlulah di tumis sebentar. Memang ada kelainan dari segi rasanya, saya suka resepi yg ni manakala suami dan anak2 suka yg saya buat tempohari. Maklumlah mushroom soup lah katakan, satu family mng suka sangat dngn mushroom. Resepi kali ni boleh juga ditambah mushroom kalau suka, terpulang pada selera masing2lah ya. Jom kita semak resepi. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah buatnya sendiri..lagi puashati dan puas makan.



Bahan Utk Garlic Bread
Sumber-Fendi@myresipi.com
  • Roti France
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya
Cara-cara
  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna api dapur je..
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
Bahan2 Utk Creamy Chicken Soup
Sumber-Mohd Roslan, Tun Telani, Zaliedana
  • 50 gm butter/margerine
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sudu kecil dried oregano(boleh juga guna dry parsley)
  • garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Menyediakannya
  1. Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan bawang putih dan tumis lagi.(Pas msk bwng putih,aku terus masukkan tpng gandum,utk mengelakkan dari berketul)
  3. Masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak, masukkan sedikit air dan kuib ayam. Masak sampai kuib ayam larut.
  4. Kecilkan api dan masukkan tepung gandum, kacau sampai rata.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2,gunakan whisker jika perlu.
  6. Masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
  7. Perasakan garam dan masukkan oregano.
  8. Siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

Tuesday, January 17, 2012

Rich Banana Bread

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni barulah ada sedikit masa utk n3 resepi Rich Banana Bread. Kalau ikut tajuk seolah2 roti pisang tapi rasanya seakan2 kek dan sudah tentulah ianya sedap sekali...dahlah sedap, nak membuatnya pun senang je..tak payah guna mixer, main kacau2 pastu bakar. Bila dah siap, sejukkan kejap dan bolehlah di potong dan hidangkan. Saya buat ni pun sambil masak menu tengahari tadi, jadi dah adalah menu utk minum petang. Terima kasih pada penyumbang resepi asal allrecipes dan saya C&P dari Izah. Jom kita semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1/2 cwn butter cair
  • 1 cwn gula * izah letak 1/2 cawan 1 sb
  • 2 biji telur
  • 1 sk vanilla essence
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 1 sk baking soda
  • 1/4 sk baking powder *izah tambah
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 cwn yogurt plain
  • 1/2 cwn chopped walnuts *izah tak letak
  • 1 cawan pisang lecek
Cara-cara
  1. Panaskan oven 175 C. *izah guna suhu 180 C.
  2. Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.
  5. Gaul sekadar rata.
  6. Bakar selama 45-50 minit.
  7. Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2.

Monday, January 16, 2012

Ayam Goreng Rempah Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya ni menu semalam. Kebetulan saya masak Nasi Ayam Serai, jadi saya cubalah guna resepi ayam goreng rempah madu dari Mat Gebu pula. Memang sedap sangat, memang terasa kelainannya. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah ni, izinkan akak kongsikan resepi kat sini pula ya. Hari ni takleh celoteh panjang2 sbb busy sangat2. Jom semak resepinya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, kerat 4 bahagian, buang kulit*
  • 1 biji lemon, perah jusnya*
  • 1 camca besar garam*(*diperap 20 minit, cuci dan toskan)
  • 2 camca besar madu
  • 2 camca besar kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 camca besar tepung beras
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 camca besar ketumbar
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • 3 camca besar santan pekat (atau susu sejat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam direbus selama 15 minit. Tos dan sejukkan, stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti. Ayam tadi letak dalam satu bekas.
  2. Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam, lumur rata dan tambah garam secukup rasa. Perap semalam 12 jam dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tabur tepung beras pada ayam tadi., gaul rata dan goreng hingga ayam masak dan bahagian luar kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz yang anda kehendaki, boleh hidangkan bersama nasi ayam, sambal, dan supnya....

Friday, January 13, 2012

Bingka Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni meh layan kuih bakar/bingka pula. Sebenarnya saya guna kacang merah yg siap di rebus, kalau nak rebus hari ni...mmng lambatlah nak siap kuih ni. Kacang merah ni mmng lambat empuk. Biasanya saya rendam dulu, lepastu baru rebus dan letak sedikit minyak masak, insyaAllah cepatlah empuknya.

Kebetulan saya rebus lebih masa buat Talam Pandan Kacang Merah tempohari, tu yg masih berbaki lagi ni. Fikir punya fikir jadilah kuih bakar kacang merah yg sungguh sedap ni. Kali ni Hamka suka betul kuih bakar ni walaupun kuihnya tak warna hijau. Kalau boleh semua kuih nak warna hijau je. Bila dah rasa kuih yg warna merah ni..haiiii tak terkatalah dia....makin minta lagi dan lagi dan lagi...siap cakap lagi, Mama letak kacang merah ya...hah memandailah pulak dia. Rupanya dia dapat rasa kacang merah yg saya kisar bersama tu. Kira mmng betul2 sedaplah tu. Kalau kawan2 nak rasa tu jom semak resepinya..pastu bolehlah cuba buat sendiri..




Bahan-bahan.
  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.

Thursday, January 12, 2012

Garlic Rolls

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni nak kongsikan resepi Garlic Rolls yg saya buat utk di makan bersama mushroom soup tu. Makan time suam2 mmng sedap betul..terasa lembut dan harum je roti ni walau tak menggunakan telur, b.softener/b.improver. Roti ni mmng lembut je walaupun dah semalaman. Roti mcm inilah yg saya suka, ringkas tapi sedap sangat. Betul kata Kak Madihah,mmng kena buat lagi bila dah merasa roti yg sedap ni. Bertambah2 sedap lagi bila di makan bersama Mushroom Soup. Pada sapa2 yg belum buat dan teringin nak merasa tu bolehlah mencubanya. Terima kasih pada penyumbang resepi asal Suhaina dan saya kopipes dari Ita dan Ita kopipes dari Umm Mymoonah....boleh juga tengok di blog Nieza. Jom kita semak resepinya.





Bahan2 Utk Garlic Rolls
  • 3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil ~
Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  4. Doh akan naik sekali ganda
  5. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  6. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  7. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  11. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan.
  12. Kita akan mendapat 8 potongan doh.
  13. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  14. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  15. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi.
  16. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  17. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.
Panduan

Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Garlic Spread
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah, Yatie pun sama
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan.

Wednesday, January 11, 2012

Mushroom Soup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak kongsikan resepi mushroom soup yg saya buat petang tadi. Sup ni sedap di makan bersama garlic bread...lebih sedap lagi makan time panas2...mmng best betul. Biasa makan kat pizza hut dapatlah mushroom soup ni, kali ni buat sendiri..hah seperiuk dan puas makan kami sekeluarga. Suami dan anak2 asyik memuji kesedapan mushroom soup ni. Terima kasih pada Minami myr kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Kali ni saya C&P resepi dari Ita. Jom kita semak resepinya..



Bahan-Bahan
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
  • 500 ml susu segar ~ fresh milk
  • 1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
  • 1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
  • garam ~ secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
  • Sedikit lada hitam
Cara Penyediaannya
  1. Potong ayam kecil2.
  2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
  3. Rebus sehingga masak.
  4. Masukkan susu dan kiub ayam.
  5. Masak guna api yang perlahan.
  6. Masukkan mushroom.
  7. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
  8. Sedia untuk di hidangkan bersama roti.

Gulai Udang Lengkuas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa Khabar semua? Harap semuanya baik2 saja. Maaflah tak sempat nak BW dan balas komen2 dari kawan2 semua. Beginilah rutin harian saya, begitu sibuk mengalahkan menteri. Walau dok rumah tapi kena pandai2 bahagi2kan masa, bila ngadap lappy ni pun takleh lama2..banyak kerja yg tertangguh nanti. Terima kasih pada pengunjung2 yg sudi singgah di blog Sinar Kehidupanku. Saya amat2 menghargainya..

Ok ini menu ringkas yg sempat saya sediakan utk makan tengahari kami. Kalau lauk udang mmng kegemaran anak2. Hamka biasanya suka di goreng je dan kakaknya pula suka masak sambal. Kali ni saya masak ikut kata hati saya..he3. Masakan ni mudah sbb dah ada sayur kacang sekali, jadi tak payahlah nak masak sayur lagi. Makan dngn ikan goreng pun dah sedap. Kalau time sekolah ni mmng menu ringkas2 je sbb nak kejar masa. Bila hari minggu nanti barulah sediakan menu mcm2 atas permintaan.. Oklah jom kita semak resepi udang gulai lengkuas ni. Kalau nak rasa tu..cubalah..mmng sedap hingga menjilat jari...he3..


Bahan- Bahan
  • 1 kg udang sederhana besar -gunting muncung udang, cuci dan toskan
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 15 btng kacang panjang -di potong 1 inci
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit - di hiris
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 1/2 cwn minyak
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 4 tangkai cili merah
  • 10 tangkai ciliapi merah
  • 1 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bwng putih
Cara Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga terbit minyak. Masukkan serai.
  2. Masukkan santan cair,kacang panjang dan udang. Gaul sebati.
  3. Masukkan garam,gula, asam gelugor dan daun kunyit.
  4. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sambil di kacau rata.
  5. Bila dah cukup rasa tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi putih hangat.

Monday, January 9, 2012

Pumpkin Yogurt Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni nak tayang muffin labu yg sungguh sedap. Sesuai sangat dimakan bila2 masa saja. Penyediaannya mudah je, jadi bila mudah tu bila2 teringin tu, bolehlah mencubanya. Sebenarnya hari ni masak sayur lemak labu. Alang2 dah rebus labu, saya asingkanlah dlm 1 cwn utk wat muffin labu ni. Dah lama teringin nak buat dan rasa muffin ni. Bila singgah Blog Izah mcm2 muffin yg gebu2 dan montok2 dipamerkan. Rasa teruja sangat nak membuatnya. Kali ni cuba muffin labu yg letak yogurt tu, mmng moist dan sedap sangat. Bila makan seketul tu rasa tak puas, nak makan lagi berketul2..he3..Kalau tak caya, anda cubalah sendiri....mmng sedap dan puashati.
Terima kasih pada Allrecipes kerana berkongsi resepi. Kali ni saya kopipes dari Izah dan ikut sukatan asal. Kawan2 boleh juga ikut seperti Izah yg tabur coklat chip atas muffin tu. Kali ni saya tak letak sbb nak rasa asli yg letak cinnamon powder tu. Bila bakar muffin ni terasa harum semerbak je. Jomlah semak resepinya. Kalau ada stok labu tu, bolehlah mencubanya..



Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sk baking powder*
  • 1/2 sk baking soda*
  • 1/2 sk cinnamon powder*
  • 1/2 sk garam*(* di ayak bersama)
  • 3/4 cawan labu lecek
  • 1/4 cawan yogurt
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan gula halus
  • sedikit vanilla essence
Cara-Cara
  1. Panaskan oven ke 190 C.
  2. Ayak tepung bersama baking soda ,b. powder, cinnamon powder dan garam. Ketepikan.
  3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
  4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
  5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
  6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan.
  7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.

Ikan Kukus Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ikan kukus serai ni menu semalam. Menu ni ringkas penyediaannya tapi sungguh menyelerakan dan pastinya sedap sangat. Terasa sihat je makan lauk kukus2 ni. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi, lepas ni tak payah lagi makan kat luar bila teringin makan ikan kukus serai...anda pasti boleh menyediakannya sendiri....dijamin sedap dan tiada tandingannya...he3..


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]
Bahan Hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 5 tangkai cili api
  • sedikit garam [jika perlu]
  • 1 s/b sos nampla [sos ikan]
Hiasan
  • daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
  • hirisan carrot
  • jus limau kasturi
Cara:
  1. Sediakan bekas utk mengukus.
  2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
  3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
  4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
  5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
  6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
  7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
  8. Hidangkan dengan nasi putih

Sunday, January 8, 2012

Happy Birthday Mat Gebu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat utk akak mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran 8.1.12 buat blogger terkenal Che Mat Gebu. Sebenarnya nak wat n3 khas utk Mat Gebu dari tadi, tapi hari ujan je dari pagi...line tenet pun lemau jek...bila line dah clear barulah tertunai hasrat di hati utk ucapkan Happy Birthday buat sifu masakan. Hanya sekadar ucapan selamat panjang umur buat Mat Gebu, tiada hadiah istimewa dari akak. Akak tetap mendoakan moga Che Mat di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga hidupmu sentiasa di berkati dan di rahmati Allah swt. Aminn..

Rasa bertuah mengenali Mat Gebu dan gembira di beri kesempatan utk bersua muka. Che Mat yg akak kenali mmng peramah dan sangat merendah diri orangnya. Ramai kawan2 di luar sana amat menyenangi perwatakan beliau. Moga Mat Gebu terus sukses dlm dunia maya yg penuh cabaran ini dan tidak jemu berkongsi resepi, petua maupun idea pada kita semua. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg best pada kami semua. Akhir kata Selamat Hari Lahir Istimewa Buat Mat Gebu atau nama sebenarnya Adnan Ibrahim.

Friday, January 6, 2012

Asam Pedas Lada Hitam

Assalamualaikum dam Salam Sejahtera semua. Inilah menu kami sekeluarga hari ni. Sebenarnya mmng nak masak lauk ikan asam pedas arini, tetiba ternampak pulak Ita n3 asam pedas lada hitam pagi tadi. Teruja sangattttt..dahlah mmng saya peminat setia asam pedas....ari2 lauk asam pedas pun takpe.....tapi tak bolehlah wat mcm tu..jemu pulak suami dan anak2 asyik lauk asam pedas je. Ada pulak anak saya sound mama tau masak asam pedas je ke???...hah3..jawablah sendiri....maunya merah padam muka mamaNya...he3..

Biasanya asam pedas warna merah kuahnya, tapi kali ni cerah sikit. Ikut resepi dari K.Liza guna cili padi dan lada hitam je,tapi saya main campur2 je sbb ikut stok barang kat rumah. Saya letak 2 tangkai cili hijau, 2 tangkai cili merah dan 10 biji api/padi yg merah...pastu letak lada hitam....fuhhhh mmng kaw2 punya pedas...Terasa berasap telinga, tapi mmng sedap sangat..Kalau lauk pedas2 dan masam2 mcm ni mmng kegemaran saya dan suami...kalau makan berdua tu mmng best betul....lumba2 sape makan banyak...uwaaaaa ayat tak bleh blahhhh..

Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni kopipes resepi dari Mat Gebu lagi dan kawan2 juga boleh lihat di blog Ita Masam Manis...kami orng Johor mmng suka sangat asam pedas. Kalau tak caya...cuba lihat kat blog Mat tu..samakan asam pedas...cuma kali ni saya guna lada hitam lebih..jom semak resepinya...


Bahan Utama :-)
  • 500 gm ikan pari
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap biji
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Air mengikut keperluan
  • Daun sup, dipotong pendek
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 20 biji cili api (Yatie guna 2 tngkai lada merah, 2 lada hijau dan 10 biji cili padi merah)
  • 2 camca besar lada hitam (boleh kurangkan)
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm belacan
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah kecil
Cara membuatnya :-)
  1. Basuhkan, rendam dengan asam limau, asam jawa dan garam. Bilas dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masak/terbit minyak. Masukkan jus asam jawa dan air (ikut keperluan) dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam dan belahan tomato. Renih kuah hingga sedikit pekat. Taburkan potongan daun sup dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.....""panasss""......

Thursday, January 5, 2012

Gulai Nangka Berempah 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi tadi saya kepasar, tetiba terpandanglah nangka muda yg dah siap di siang. Bila tngk mmng cantik dan masih fresh lagi. Bila siap belanja, saya pun balik, berkemas dan terus masak sayur nangka ni. Kali ni masak gulai nangka berempah resepi diSINI, tapi kali ni saya tambahkan sedikit kerisik dan tambahkan daun kunyit bagi lagi harum dan sedap. Kalau makan lauk mcm ni mmng pekena ikan goreng, ikan masin dan sambal belacan..mmng best betul. Bagi yg tak tahan tu, jngnlah makan ya sbb takut angin pulak satu badan. Setakat ni alhamdulillah saya sekeluarga ok je..lepas makan siap ambil semangkuk lagi ratah2 gitewww jek. Oklah jom layan menu tengahari tadi...dah mlm ni takleh lama2 kat lappy ni sbb nak pastikan Hamka tido yg cukup, esok dia bersemangat nak bangun pagi ke sekolah..eehhh nak citer pasal Hamka sikitlah...

Hari ni klakarlah. Balik dari sklh je Hamka tunjukkan saya air kotak soya. Hamka kata dia beli kat sekolah tapi tak nak minum dulu. Saya pun tanya, kenapa Hamka tak minum air kotak tu? Hamka kata dia nak suruh mama minum/rasa dulu, barulah dia minum. Alahaiiiii anak mama ni..begitu sekali dia ingat kat mamaNya. Hamka pun terus cucuk dngn straw air kotak tu, pastu terus suruh saya minum dulu barulah dia minum. Kesian Hamka, dah kecur sangat air kotak tu, tapi sempat lagi ingat nak bagi mamaNya rasa..terharu di buatnya. Nasib baiklah saya bekalkan air minuman untuknya. Kalau tak, haiii kehausanlah Hamka.
Saya cerita ni sekadar berkongsi pengalaman ya, takde niat nak bermegah2...saya mahu kongsikan kegembiraan bersama kawan2 semua. Kalau Hamka baca n3 ni bila besar nanti...mesti hatinya juga tersentuh. Moga perangai Hamka yg baik ni berkekalan hingga ke dewasa kelak. Aminnn..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • 2 sudu besar kerisik-Yatie tambah
  • 1 helai daun kunyit-Yatie tambah
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar
  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!
Related Posts with Thumbnails