Thursday, November 3, 2011

Roti Telur Sosej

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf Roti Telur Sosej. Kalau roti masak macam ni mmng cepat laku sbb anak2 mmng suka sangat sosej, lebih2 lagi Hamka. Roti ni sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Selain mudah menyediakannya, rasanya mmng sedap. Jomlah semak resepi yg mudah ni. Rasanya menu ni mmng sesuai sangatlah utk anakanda Mohamad Talhah yg berada di perantauan tu mencuba resepi yg mudah ni.




Bahan-Bahan
  • 3 biji telur
  • 8-10 keping roti putih
  • 1 tangkai cili merah (buang biji dan cincang kecil2)
  • 1/2 biji bawang besar (di potong dadu kecil)
  • 1 pokok daun bawang ( di hiris halus)
  • 2 btng sosej (di belah 4 memanjang, pastu di cincang kecil)
  • Garam secukup rasa
  • sedikit minyak utk sapu di kuali.
Cara Menyediakannya.
  1. Satukan telur yg di kocok bersama cili merah, bwng besar, daun bawang, sosej dan garam ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak.
  3. Sendukkan adunan telur tadi, dlm 2 sudu besar.
  4. Letakkan roti di atas telur yg dalam kuali tadi dan biarkan sehingga masak.
  5. Kemudian terbalikkan. Dah siap,angkat dan buatlah cara yg sama sehingga habis.
  6. Sedap di makan bersama sos cili dan mayonis.

10 comments:

  1. Assalam Yatie, anak2 yatie mkn sayur ye? anak akak tu kalau buat mcm ni, nak kosong je...langsong takleh ada cili n bwg tp kalau dikisar, dia makan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    mmg suka sgt makan roti mcm nie tuk bf... sedapnyha tgk roti telur sosej nie akak.... nak ckit...

    ReplyDelete
  3. As'salam Yatie

    Menu yang simple anak2 memang sukalah menu2 macam ni sebab ada telur dan sosej. Kalau hidang mana cukup sikit2 berulang2 asik dok makan jer :)

    ReplyDelete
  4. menariknya rupa hidangan pagi ini yatie...joint sekaki boleh?

    ReplyDelete
  5. heheh ini kaloi selalu buat
    senang jerk kannn
    tp simple jerk kaloi buat heheheh

    ReplyDelete
  6. Kak Yatie,menu camnih bkn hamka jer suka,sy pon suka,sng n sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails