Friday, July 15, 2011

Ikan Goreng Bersambal Istimewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas tetapi menyelerakan. Saya masak ikan goreng bersambal istimewa. Resepi asal dari AlongRoz dan saya kopipes dari KNor dan ikut style KNor masak. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Hari ni busy sbb nak berkemas dan nak balik kampung. Jom semak resepinya.


Bahan- Bahan
  • 3 ekor ikan( Yatie guna 5 keping ikan potong)
  • sedikit garamgaram
  • serbuk kunyit
Bahan utk sambal:
  • 4 bj cili hijau
  • 1 bj cili merah
  • beberapa bj cili padi
  • 1 btg serai
  • 1/2 kuntum bunga kantan-(kalau takde ganti daun limau purut je, tak perlu kisar)
  • 5 bj bawah merah
  • 4 ulas bawang putih
  • daun ketumbar ~ dihiris halus
  • garam
Tambahan oleh k.nor:
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit gula
  • 1 sudu besar perahan limau nipis
Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
  5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
  9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

16 comments:

  1. terima kasih...boleh masak hujung minggu...memang sedap dan simple

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    ikan masak gini mmg sedap kan akak... nak try juga resipi nie.. dah tergoda dah nie.. Hehhehe.. mmg nampak sgt menyelerakan tu akak

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu ikan akak ni...ada cili padi tu yg best tu.

    wah best blk kg tu kak...semoga selamat pergi dan blk yer..:)

    ReplyDelete
  4. smlm baru k.nor buat menu ni.. hehee

    ReplyDelete
  5. Salam Yati,
    Tentu sedap dan wangi masak ikan bersambal mcm ni..kena cuba jg ni...

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie!!! kita kan kak dr semalam mencarik ikan bilis nak buat sambal kat bwh tuuu tp tak ada stok kat supa2 kat sini huh! tgk ikan yg akak masak ni terliur lagiiiiiii sedappnyerrrrr!!!! suke makan pedas2 gini mmg nikmat :D bwkkan akak muffin 3 ketul :D

    ReplyDelete
  7. selamat malam Yatie,
    Amie kalau jumpa ikan goreng sambal, cukuplah sudah makan dengan nasi... tak mau yng lain.....

    ReplyDelete
  8. assalam kak yatie...ikan mcm ni kalau makan dengan nasik panas2 memang terangkat!

    ReplyDelete
  9. Kak Yatie..
    NAk itut balik kg..hehehe.. Pas tu nk makan lauk ikan ni yg akak masakkan boleh?? Ngada2 kan..hehehe.. Oppss..cili dia nak lebih yer...;))

    ReplyDelete
  10. akak, nana tag akak...hihihi
    if sudi join la ye...

    http://nananadya.blogspot.com/2011/07/saye-suke-online-shopping.html

    ReplyDelete
  11. ni kena masuk dlm list menu bulan puasa zla ni k.yatie...heheh

    ReplyDelete
  12. Saya selalu jengah blog akak..tengok juadah akak terliur saya..thanks for the resepi..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yati..

    Agak lama juga Kak Lin x berkunjung kerumah kawan2..tempohari busy lepas tu kurang sihat...ni baru dapat ziarah umah Yati...harap terubat rindu dihati....

    ReplyDelete
  14. Kak Yatie, nak ikan goreng special ni dgn sambal tumbuk ikan bilis sekali tau....2kg jer..:)

    ReplyDelete
  15. Da cuba..simple n menyelerakan..mmg sedap..thanks 4 d recipe yer :D

    ReplyDelete
  16. Salam Yatie. Lambat nya cikgu datang tak sempat nak test...hehe. Anyway, tq mencuba & happy sebab ramai yg cuba cakap sedap.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails