Tuesday, May 3, 2011

Pucuk Ubi Masak Lemak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah sayur pucuk ubi masak lemak yg saya masak hari ni. Masak sayur lemak ni ringkas je, cuma sesetengah orang tu suka guna udang kering. Kalau masak lemak pucuk ubi ni saya lebih suka guna ikan bilis. Terpulanglah pada selera masing2 ya.
Masak lemak pucuk ubi ni mmng kena betul bila di gandingkan dngn sambal tomato, sambal belacan, sambal lonte, sambal gesek dan sambal tumbuk....waduh mmng sedap sangat...di tambah lagi ikan masin....takleh cakaplah...


Bahan-bahan
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran,rendam dan toskan
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 btng serai- di ketuk
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya utk merebus pucuk ubi
Cara-Cara
  1. Pucuk ubi di celur sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan toskan airnya.
  2. Tumbuk halus bahan2 yg bertanda* Masukkan bahan2 yg di tumbuk ke dalam periuk.
  3. Masukkan serai dan santan cair, gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar sambil di kacau.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula....masukkan pucuk ubi, santan pekat dan gaul lagi.
  5. Biarkan mendidih. Setelah siap bolehlah angkat dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

2 comments:

  1. salam yatie..pucuk ubi masak lemak tu kena mkn dgn sambal tomato....baru umph...ada ikan kering sikit..mahu bertambah nasi...habis diet..

    ReplyDelete
  2. ye la kak Yatie...kalau makan time hujan hujan pun sedap ada ikan masin lagi..perghhh...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails