Tuesday, May 3, 2011

Kue Teow Goreng Kicap Kerang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kami sekeluarga bf Kue Teow Goreng Kicap Kerang. Saya mmng peminat setia kerang. Kalau nak masak kue teow ni, semangkuk sendiri saya yg makan....sambil kopek kerang sambil Ngappppp...bila siap kopek, kerangnya dapat sikit jek. Kali ni saya suruh anak bujang saya kopek kerang ni, jadi selamatlah sikit kerang tu. Kerang ni dah siap kopek malam tadi, jadi pagi ni saya tinggal masak je bersama kue teow.

Sebenarnya semalam saya order kue teow kerang kat kedai makan. Alangkah kecewanya saya bila tuanpunya kedai kata dah abes. Cuma tinggal kue teow Kung Fu je. Saya pun pelik apa tu kue teow Kung Fu, jadi saya pun orderlah. Tak sangka sedaplah pulak. Bila pulang saya pun terus berangan2 nak cari resepinya....seronoknya saya dapat gak resepinya. Bila kelapangan nanti saya nak cuba masak sendiri Kue Teow Kung Fu tu....masih terasa2 lagi kesedapannya.

Eehhhh lupa plk....dok citer pasal Kue Teow Kung Fu je....sebenarnya resepi Kue Teow Goreng Kerang ni saya ambil dari Mat Gebu. Bila tngk gambar makanan Mat Gebu...mmng buat terliur je. Jadi saya pun mencuba resepi mee kegemaran saya. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg sedap ni. Akak kongsikan kat sini pula ya..biar senang anak2 dan kawan2 buat rujukan di masa akan datang. Lepas ni akak dah tak beli lagi Kue Teow Kerang kat pasar malam lagiiii.....Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g kue teow
  • 3/4 cawan isi kerang
  • 1 batang fish cake, hiris
  • 1 cawan hirisan daging batang pinang
  • 2 genggam taugeh, dibuang ekor
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 4 biji bawag merah, hiris
  • 2 biji telur
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 cawan air
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 camca beasar sos tiram*
  • 1 1/2 camca besar kicap cair*
  • 1 camca besar sos tomato*(*bahan2 sos)
  • Hirisan timun, sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan bahan2 sos (*), kacau, masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan fish cake, kerang dan kue teow, gaul pantas hingga rata, tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kacau dan gaul bersama2 mee tadi.
  3. Tambah taugeh, gaul rata. Rasa jika kurang masin, renjiskan dengan kicap cair. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam timun dan lada hijau jeruk...hmm sedap nihhh!!

11 comments:

  1. Assalamualaikum akak..
    wah!! lapar ler tgk kue teow akak nie.. dah ler tadi tgk pizza kat dapur mas.. bertambah3x lg ler laparnyaa.. hehehe.. dah lama x masak kue teow goreng...

    ReplyDelete
  2. kak yatie..nak sepinggan..sedappnya koewtiaw goreng tu.....

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Yatie

    kak ct ada sebungkus kue teow kat dapur. memang suka makan apa saje yang bersangkaut paut dgn kue teow ni. tapi kupang tak ada ganti udang boleh lah kan.. hehehe

    Yatie..sudi2kan amik award GOLD KAD kat blog kak ct ya..sudi2kanlah ya, tiada apa yg dapat kak ct beri tanda tr kasih atas sokongan buat DDCT tu :D

    ReplyDelete
  4. Kue teow sepinggan Kak... Hehehe... Dah ok ke Kak Yatie sakit kepala tu.. Kalau x ok lg, meh sini Naz picitkan.

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie...

    Sedap nampak kue Teow goreny Yatie ni....kak cek jarang2 buat kue teow goreng ni....mintak sepiring boleh ke...:)

    ReplyDelete
  6. assalam yatie..banyak menu yang terlepas..
    semua nya sedap2 belaka..ada balance yang kita boleh cuba tak?..heheh..

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tengok kue teow kungfu versi sinar kehidupanku..

    ReplyDelete
  8. as-salam kak
    sedapnye Kue Teow Goreng kak yatie ni...terliur dibuatnye..

    ReplyDelete
  9. Maka kak selalu buat sambal tomato ni.Makan cicah ulam dgn nasi panas2.best.

    ReplyDelete
  10. assalam akakx sume! kalau nak senang lg saya syorkan guna kicap koey teow, 5 minit dah siap!!!! hehe! hehe! hehe! kalau nak, order je kat sini, pasti che abangx sume meleh ayaq loik http://cktglobal.com/index.php?ref=nahgorpis siap bagi resepi lg. terima kasi tuan umah, sebab bg can tumpang kat sini. wassalam

    ReplyDelete
  11. salam..
    google koteow kerang then sampai sini. btw saya antara peminat koteow kerang. kalau dulu ni, byk gerai jual tp skang ni dah mcm susah sgt nak jumpa. yg byk ada gerai char koteow ni. ada yg buat char koteow kerang tp feel dia tetap tak sama..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails