Tuesday, January 11, 2011

Talam Cendol

,Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat pengunjung yg di kasihi. Harap kawan2 semua sihat dan ceria selalu. Hari ni saya bf kuih talam cendol. Sebenarnya dah lama teringin nak buat talam cendol ni tapi asyik tak berkesempatan je. Semalam masa ziarah rumah kawan2 blog, adalah jumpa kuih yg saya idam2kan ni...saya nampak di rumah Kak Am yg memang cantik talam cendolnya. Resepi asal adalah dari Chef Asma, ada juga di rumah Bdaria dan saya kopipes dari Kak Am. Saya buat kuih talam cendol ni malam tadi...kuih ni kena betul2 sejuk barulah cantik bila di potong. Rasanya......uummmpppphhhhh....tersangatlah sedapnya, cukup rasa lemak manisnya. Kepada peminat kuih talam tu, bolehlah mencuba resepi ni.Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini ya.



Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

35 comments:

  1. salam kak Yatie,
    pg2 kak dah tayang kuih talam, nampak menggiurkan..terliur sy dibuatnya..sure sedap ni..kita berkira2 nak buat talam cendol ni lah..tak pe pg ni juga kita menalam..

    ReplyDelete
  2. wahhh..kak yatie...talam cendol lak...cantik la..nmpak pun sedapp sangat...teror la akak buat....

    ReplyDelete
  3. wah..wah... cantik je tersusun talam cendul tu.sedap benar buat sarapan...:)

    ReplyDelete
  4. minggu lepas baru jer makan talam cendol ni, mmg sedap...

    ReplyDelete
  5. @Iza Akma
    wkmsalam, ni pun gara2 tergoda kat umah K.Am semalam, kebetulan ada stok cendol yg baru beli....apa lagi, teruskan projeklah...mmng sedap dan cantik permukaan talam cendol ni..cubalah..

    ReplyDelete
  6. @Mas
    akak mmng suka kuih2 mcm ni..tu yg rajin dan suka buat kuih2 talam ...mmng sedap Mas talam cendol ni...

    ReplyDelete
  7. @Suzi
    cantik ke..mmng sedap talam cendol ni...

    ReplyDelete
  8. Assalam yatie ,cantiknya puding tuuu

    ReplyDelete
  9. cantikla kak yatie...smooth je potongannye..mesti sedap ni.. nak mintakla 5 ketul...hehhehehe

    ReplyDelete
  10. wah, nampak sedap la kak! huhu~

    Latest entry: Kenapa ek???

    ReplyDelete
  11. Salam Yatie,
    pencuci mulut yg istimewa ni, tak pernah lagi akak rasa talam cendol ni

    ReplyDelete
  12. sedapnya talam cendol..sungguh menggodalah yatie...!!!

    ReplyDelete
  13. salam yatie...sedapnyeee talam ni.. dah beberapa kali nak buat tapi cendol tak dak kat kedai sini ..nak minta yatie buatkan seloyang...hihi

    ReplyDelete
  14. mmg gojez klu kakyatie yg buat! perghhhh terliur dah berbakul2 nih!

    ReplyDelete
  15. alahai kak yati semalm saya baru je buat talam seri muka ...hari akak tayang talam cendol lak...ish ...nak kena buat juga nih...nampak sedap sangat....

    ReplyDelete
  16. salam kak yatie, saya datang antar blk piring akak ni..memang sedap kuih talam cendol ni kak .saya dah pernah buat dah dulu...tapi nk buat lagi kena buat cendol pula coz x ada jual...tu yg jadi malas tu....saya tumpang mkn kuih yg akak buat ni dah la...hehe

    ReplyDelete
  17. Salam Yatie....memang sedap nampak ni... kalau lah dapat seketoi dua kan best.

    ReplyDelete
  18. Tak terkata...apa lagi jika sifu kuih talam yang wat......er ada lagi ke kak? Sepotong boleh?

    ReplyDelete
  19. @Yati Ali
    mmng sedapkan talam cendol ni...suka rasa lemak manisnya..

    ReplyDelete
  20. @Chik Mimi
    wkmsalam, ini talam cendol Chik Mimi..mcm puding lapisannya kan..sedap talam ni..

    ReplyDelete
  21. @Mimiey.. (^-^)
    kalau setakat 5 ketoi tu, boleh sangat..nah akak bagi 10 ketoi...hehehe..kuih ni kena betul2 sejuk,barulah cantik di potong...guna pisau plastik ya..

    ReplyDelete
  22. @Sunah Mohammad
    bkn nmpk sedap je...rasanya mmng sedap..nnti akak singgah ya..tq sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  23. @aidah
    wkmsalam, mmng sedap kak talam cendol ni..bolehlah cuba kalau teringin, wat separuh je klau takut tak abes..

    ReplyDelete
  24. @Ayu
    mmng sedap talam cendol ni...cubalah,mmng berbaloi...

    ReplyDelete
  25. @ilahjy
    wkmsalam, Yatie pun selalu mcm tu kak, time nak buat asyik takde je cendol tu..kebetulan Yatie beli 2 paket aritu...tu yg tak berlenggah2 lagi..sedap kak talam cendol ni..cubalah..
    =buatkan utk akak, leh je..tapi jauhnya nak ngantor..hehehe...

    ReplyDelete
  26. @hana
    gojez ke..mekaceh Hana....kalau dekat mmng akak dah bagi kat Hana..mmng dpt seloyang besar talam cendol ni...akak bagi2 kat jiran gak..

    ReplyDelete
  27. @nur
    talam serimuka tu mmng sedap...apa kata Nur cuba buat talam cendol pulak...sedap gak tau..cubalah..

    ReplyDelete
  28. @Nieza
    wkmsalam, akak dah lama teringin nak wat talam cendol ni..masa kat oberC lagi..masa tu pun kes malas nak wat cendol sendiri..skrng tidak lagi..hehehehe...macam2 ada kat Msia ni..mmng sedap talam cendol ni..

    ReplyDelete
  29. @HomeKreation
    wkmsalam, bukan setakat seketoi dua je Along...maunya nak 5 ketoi terus..mmng sedap talam cendol ni..cubalah..

    ReplyDelete
  30. @Ayu Safieza
    jngn cakap mcm tu..belum taraf sifu lagilah..mmng minat buat kuih2 talam ni....sedap talam cendol ni...tapi udah pinisssslah...sowwy ya Ayu...

    ReplyDelete
  31. yatie, kalaulah ada masa, say pon nak buat, tp hari minggu pun bz... oops, sy ada tag tuk awk :

    http://ayurashidah.blogspot.com/2011/01/e-eh-award-lagik.html

    ReplyDelete
  32. salam..k.yati..
    em..nma sama lah kak...kak sedap lah talam cendol tu..dh lama nk wat..tp tak sempat...skg dh wat...em rasa lemak n manis...leh gemuk mkn hari2..he..he..
    kak..jemput dtg umah mkn dgn yati/

    thks kak...

    ReplyDelete
  33. As salam Yatie. Nak tanya, mcm mana Yatie simpan kuih ini, di luar atau di dalam peti sejuk.

    ReplyDelete
  34. as salam kak yati,blh bg sy tip cane nk wt lapisan bwh 2 biar talam nya serata...sy dh buat byk kali tp cendol sume naik ats dan bhgian bwh kosong.frust betul...sy dh msk ats api adunan 2 tp cendol ttp naik ke ats...blh tlg selesaikan masalah sy n....sy tgk talam kak yati gojes2 semuanya

















    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails