Sunday, January 23, 2011

Siakap Bakar Berempah Woku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah makan tengahari ke belum? Tentu ada hidangan istimewa di hari minggu ni....maklumlah, hari minggu nilah biasanya kita berkumpul bersama keluarga tersayang. Hari ni saya masak ikan bakar berempah woku...tak taulah kenapa namanya WOKU...tu kena tanya pencipta resepi yg sedap ni. Resepi ikan bakar ni saya ambil dari Mas dan Mas ambil dari rumah Kak Ummi. Kak Ummi pula ambil dari majalah rasa....mmng berbaloi mencuba resepi ikan bakar ni...sedap sangat hingga menjilat jari. Namanya ikan bakar, tapi rasa mcm ikan kukus...saya mmng suka sebab tak berapa garing. Guna ikan siakap segar mmng sedap...terasa2 kemanisan ikan tu. Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sedap ni...izinkan saya C&P resepinya di sini ya.



Bahan -Bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer!
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap
  • Daun senduduk secukupnya-tak letak sbb takde
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

18 comments:

  1. Salam Kak Yatie, agaknya mmg sedap sungguh resepi ni ya sbb dah byk kali Kaz jumpa resepi ni sewaktu blogwalking. InsyaAllah, nanti Kaz nak try pula sbb ikan siakap ni mmg favourite sekeluarga.

    Kelmarin Kaz buat chocolate cake, utk topping Kaz guna resepi Kak Yati yg guna serbuk koko+ susu pekat+ minyak masak tu. Sedap sgt2, selama ni Kaz guna cooking chocolate aje, tq 4 sharing.

    ReplyDelete
  2. haaaaa..baru kak yatie tahu kesedapan ikan bakar berempah woku ni....
    mas pun sampai menjilat jari masa makan ikan ni...sangat sedapp kan kak yatie...apa lagi akak guna ikan segar...perhhh...memang terangkat...

    ReplyDelete
  3. wah tie bestnya sy pun suke baunga wangi je kan

    ReplyDelete
  4. sedapnye kak yatie...mie pn dh lama xbuat ikan nih...nmpk kak yatie tayang macam best je kalau buat jgk...

    ReplyDelete
  5. Salaam.This has made me hungry( dribbling over key board) Nice looks good,Thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Sangat menyelerakan. Minggu lepas buat ikan siakap stim ambik resepi dari sini. Hasilnya marvellous (hehehe tekan lif sendiri nampak). So minggu depan kena cuba yang ni pulak le nampak gaye nye.

    ReplyDelete
  7. salam yatie,
    memang sedap ikan ni..kita dah banyak kali cuba..sampai,ketitisan terkakhir, kita makan..hehe

    ReplyDelete
  8. @Kaz
    wkmsalam, mmng sedap sangat ikan bakar ni....kalau nak rasa, cubalah buat...mmmng berbaloi...baunya yg harum tu yg membuatkan ikan bakar ni special sangat...
    = tq sudi wat topping kek tu...mmng moist je kan...

    ReplyDelete
  9. @Mas
    mmng betul2 sedaplah Mas...akak masak sampai 3 ekor ikan siakap segar....sedap dan puas makan...lenkali leh buat lagi ni...

    ReplyDelete
  10. @Chik Mimi
    mmng sedap dan harum je bau rempah dan daun2 tu...rasanya lagilah....

    ReplyDelete
  11. @Mimiey.. (^-^)
    ow...akak terlupa Mimiey pun pernah buat jugakan....mmng sedapkan ikan bakar woku ni...

    ReplyDelete
  12. @Kak Sam
    wkmsalam, lenkali cuba akak masak siakap bakar berempah woku ni plk...fulamak mmng sedap betul kak..bau harum daun2 tu yg buatkan ikan ni sedap sngt...cubalah..
    =tq sudi cuba siakap stim tu..

    ReplyDelete
  13. @Ayu
    wkmsalam, klakorlah Ayu ni...makan sampai ketitisan terakhir...dpt Yatie bayangkan...kasi licin pinggan tu....jilat segala jari jemari...mmng sedapkan..

    ReplyDelete
  14. salam kak...
    masih terhingat2 kesedapan ikan nih... mmg sedap kan kak kan.... adehhh nak carik ikan dulu lah! nak buat lagik! hihi

    ReplyDelete
  15. salam...
    memang sedap yatie...
    mr.mama dah 2 kali buatnyee....

    ReplyDelete
  16. wahhh, nmpak cm sgt sedap! nnti nk try wat ;)

    ReplyDelete
  17. Perghhh betul2 sedap, dah try buat dah... tq kakkk share resepinyeee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails