Wednesday, January 12, 2011

Sambal Goreng Jawa

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hari ni busy betul rasanya..tapi tetap menyibukkan diri di dapur. Hari ni saya masak sambal goreng jawa. Masakkan ni mmng popular....biasanya setiap kenduri yasinan barulah merasa lauk macam ni. Kalau nak masak utk saja2 makan..rasanya taklah rajin nak masak....sebabnya malas nak letak sayur yg macam2, pastu jadinya sekuali....bila dah campur bahan2 itu dan ini, jadilah banyak. Sebab tu sayur ni sesuai di masak masa kenduri je. Aritu nampak kat rumah Mat Gebu resepi ni....hai terliur di buatnya, saya pun masaklah mcm Mat Gebu, tapi tak letak hati/pedal ayam sbb takde stok...so saya gantikan dngn udang je. Kalau udang mmng kegemaran kami sekeluarga....tapi kira jadilah sambal goreng jawa moden....Mat, izinkan akak kopipes kat sini ya resepinya....senang nak buat rujukan di kemudian hari..terima kasih banyak2..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 ketul pedal ayam muda-saya ganti udang sbb takde stok pedal/hati ayam
  • 10 tangkai kacang panjang
  • 1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
  • 3 keping tempe, goreng dan potong kiub
  • 2 keping tahu,goreng dan potong kiub-saya tambah
  • 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
  • 1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • 1/4 cawan pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1 biji cili hijau, hiris halus
  • 2 keping hirisan lengkuas
  • 1 batang serai, dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....

15 comments:

  1. sedapnye....suka mkn sayur goreng bile blk kg kt johor...

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie,
    sedapnyer kak..favorit ssya nih..bila balik raya umah suami kat johor..sambal goreng lah yang paling saya tunggu..suker sangat..ni dah ada resepi leh cuba nnt..

    ReplyDelete
  3. yatie..kegemaran akak ni..
    nanti akak ambik resepi ye..nak buat jugak..
    terima kasih yatie..

    ReplyDelete
  4. huhu sedap kak..lela suke yg ireng2 hehehe

    ReplyDelete
  5. kak yatie..mie sgt suka mkn sambal grg jawa ni...blaja mkn mase dok serumah dgn budak jb masa blaja dulu... kalau dpt yg ni,mmg asyik meratah je...sedapnye!!!! nnt nak try buatla...

    ReplyDelete
  6. yatie!!!! nak sepinggan, nak meratah je. sedapnya... mmg masa kenduri je dapat makan nih!

    ReplyDelete
  7. yatie,akak memang suka sgt sayur ni..akak panggil sayur.arwah mak sedara akak kalau masak sayur ni dia letak petai sekali..sedap sgt..selalu dia masak ni masa kenduri je..

    ReplyDelete
  8. Salam kak, sayur goreng jawa ni lum pernah buat lagi nanti boleh try ni..:)

    ReplyDelete
  9. Salam kak yatie..sedpnya..tq bg idea nak masak untuk lauk tghari esok.dah kekeringan idea..ada tauhu sebijin udang cukuplah untuk 4beranak hehehe.

    ReplyDelete
  10. Uishhhhh...looks so delicious la kak!!! Mmg terliur sini ;)

    ReplyDelete
  11. suka juga makan...
    pernah juga makan dgn nasi impit..
    deqlis panggil sayur jawa..:-)

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa kak, lagi2 ada udang menjalar tuu..huhu..

    ReplyDelete
  13. sedappnya kak yati....nak minta compom dah abisss....

    ReplyDelete
  14. ish...somi saya org jawa..tp saya tak pernah msk ni, sbb tak reti..hihi..nanti leh coba nih...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails