Wednesday, January 26, 2011

Rendang Ayam Kampung

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak rendang ayam. Sebenarnya resepi asal menggunakan ayam kampung, tapi saya guna ayam bandar je. Kalau balik kampung nanti, barulah tangkap ayam kampung kat rumah mak. Mak saya mmng banyak bela ayam kampung...kalau adik beradik semua balik kampung,masa tulah mak masak ayam kampung ni. Kalau ayam kampung tu, saya suka yg muda sikit....kalau yg tua, warna dagingnya pun birat sikit bila di masak....tulangnya pun makaiii, keras kejung....kulitnya pun....hehehehe takmo cakap lagilah...apa pun ayam kampung ni lebih sihat jika di bandingkan dngn ayam bandar.

Ok lah di sini saya kongsikan bersama resepi rendang ayam kampung yg sememangnya sedap. Kalau makan dengan nasi impit, lagilah sedap. Biasanya suami saya suka rendang yg berkuah sikit, jadi saya masaklah yg jenis berkuah. Terima kasih pada Mat Gebu.....macam biasalah kalau nak resepi yg best, saya singgah di DTS....kat sana macam2 adaaaaa....



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
  • Santan kelapa secukupnya
  • Air panas, jika perlu
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 13 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 15 biji cili padi (optional)
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai, hiris halus
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.

7 comments:

  1. sedapnya kak...kalau dapat ayam kampung lagi sedap ni...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yatie....

    Sedapppppnya!!!! Ayam Kg...Dah Lama Tak Makan. Bila Tgk Rendang Ni, Rasa Nak Ngappppp!!! Jer... Mengoda!!

    ReplyDelete
  3. kak yati..tak nampak pun daun kunyit ngan limau purut tu..akan tak hiris halus ye..hehee..saya nampak tuuuu..sedap kalau dapat gigit2 daun tu kan

    ReplyDelete
  4. kak yati...sedappnya rendang ayam kampung...mas sangat suka...
    argghh..memang terliur tengok rendang akak tu....

    ReplyDelete
  5. aduh sedapnyer Yatie.... rasa mcm esok nak raya aje.... ni klu ada nasi empit sedap ni... letak sambal tumis sikit.... aduhhh... mmg tak leh bangun dah... nak jln pun dah tak larat kan... hihihi

    ReplyDelete
  6. slm k'yati....emmm...t'bau rendang la kat japan ni..ohhh rumah akak ye..patut ler, sedapnyer ayam kampung sini makan ayam frozen jer kak..he..he

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails