Sunday, January 9, 2011

Bingka Roti Jagung

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya saya buat bingka roti jagung ni semalam, baru hari ni sempat n3 sbb line tenet slow sangat. Masa nak buat bingka ni, saya sibuklah menyiapkan bahan2 dan pergilah menyalin resepi dari Mat Gebu, tetiba line tenet buat hal. Tunggu punya tunggu...tak elok2 gak. Saya pun tetap meneruskan projek saya dngn gunakan ingatan kat kepala ni je...main agak2 je dan terbayang2 resepi yg dah 2/3 kali saya lihat...cuma belum berkesempatan nak menyalinnya. Bila nak buat, barulah nak menyalin...bila line tenet buat hal...inilah padahnya..hentam jelah labuuuuu..

Macam biasalah, saya suka buat kuih guna sukatan cawan je....kdng2 tu malas nak keluarkan penimbang bahan2 kuih. Syukur alhamdulillah bingka roti jagung yg saya buat ni cantik dan cukup lemak,lembut dan semestinya sedap. Saya lebih suka guna susu cair dari santan dlm membuat bingka roti ni (Sebenarnya masa nak buat bingka ni, stok santan kotak saya habis...so saya gunalah susu cair dlm tin...tak sangka rasanya sedap juga). Mat pun pernah pesan, bukan bermakna tak cukup bahan, kuih kita tak menjadi.....pepandailah gunakan bahan2 gantian yg sewaktu dngnnya. Tapi janganlah lari jauh sangat ya....takut rasanya pun lain. Terpulanglah pada selera kawan2 semua. Resepi asal bolehlah lihat di SINI. Jom kita tngk bahan2 yg di perlukan....selamat mencuba, mmng sedap bingka roti jagung ni.




Bahan-Bahan- loyang 10 inci
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 100 gm mentega, dicairkan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan/ susu cair-saya guna 1 tin susu cair dlm tin 400ml dan selebihnya saya tambah air
  • 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.

8 comments:

  1. salam kak yatie, wah sedap ni..hari tu dh masuk list tapi x buat juga lagi...singgah mkn sini dulula...hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    mmg sedap bingka nih... masih terasa-rasa kat anak tekak... nak tumpang sarapan sini kak... boley? tak malu gtu kan! hihi

    ReplyDelete
  3. salam yatie...dah tgk smlm tp nk komen x blh plak..klu yg ni nk seloyang blh kot..*uish,melampau! :))

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie...Kak Lin Ziarah Di Pagi Ahad...

    Bingka Roti Jagung Ni Mmg Sedap....Kak Lin Dah Pernah Makan Tapi Belum Pernah Buat....

    ReplyDelete
  5. kak yatie, nak bingka roti tu..nmpk sedappp sangat...yg garing2 tu lagi mas sukaa...

    ReplyDelete
  6. Yatie : sedapnya....kita tgh xde mood nak buat kuih muih ni sbb mixer rosak...hehehe

    ReplyDelete
  7. salam kenal...orang rumah saya minat bingka ubi..tapi boleh try bingka jagung nie...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails