Sunday, January 9, 2011

Ayam Tumis Serai

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ayam tumis serai. Masakkan ni mudah je...cuma gunakan cili merah dan tak perlu segala sos. Sesekali masak yg ringkas ni mmng sedap.Bau harum serai tu yg membuatkan ayam tumis serai ni sedap sangat. Ianya sesuai di makan bersama nasi putih ataupun apa2 jenis nasi. Jom kita semak resepinya....kejap lagi nak tngk Juara Lagu...sambil makan kuih dan kekacang dok ngadap TV...resepi kuih tu esoklah ya...nak tngk TV skrnggggg...hehehehe..



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong 12 dicuci dan toskan
  • 2 batang serai- di ketuk
  • 4 btng serai*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ullas bwng merah *
  • 4 ulas bawang putih*
  • 6 biji cili merah*
  • 10 biji cili api* - jika suka pedas
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*(* bhn2 yg perlu di kisar halus)
  • 2 keping asam keping
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat
  • 1 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • garam dan sedikit gula gula
Cara-cara
  1. Ayam di potong, di cuci bersih dan toskan....lumurkan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Kisar bahan2 yang bertanda * hingga halus.
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yg di potong bulat, tumiskan sebentar.
  4. Masukkan bahan2 kisar dan tumiskan hingga wangi.Masukkan serai yg di ketuk....kacau lagi sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam dan asam keping... kacau dan biarkan mendidih.
  6. Tambah sedikit air, garam dan gula. Kacau dan perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah angkat dan hidangkan.

10 comments:

  1. salam kak yatie...saya dtng bawa roti nk tukar ngan ayam serai ni dah berbau harum ayam serai ni sampai dapur saya dah ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. kak yati....err....nampak sedap ayam serai ni...kecur mulut......err dah abis ker? Tulang jer....errrkkkk!! He3...

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie,
    lauk2 simple macam ni memang sedap kan

    ReplyDelete
  4. walau pun simple tapi nmpk sedappp ...nnti boleh mas try buat...he..he..

    ReplyDelete
  5. sedapnyerr...terliur su...hehe!

    ReplyDelete
  6. salam yatie,
    dah terbau2 ayam serai ni kat sini..sedap ni!!..

    ReplyDelete
  7. sedapnye!!!! dh masuk list..mie dh leh bayang dah, mkn aym ni dgn nasi panas2..smbl belacan skit...fuhhhh,terangkat

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    sedapnyer ayam serai nih...mcm ayam masak padang kak eh? leh try la nanti2.. xde stok ayam neh..

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie...biasa masak gini,memang sedapp..kitorg panggil ayam masak kunyit jer ni kak..tp tak letak bwg besar je bezanya..hehe..lenkali leh try cara akak lak.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails