Sunday, January 2, 2011

Ayam Sos Hitam Berampai

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan2 semua. Bertemu kembali...hari ni rasa sibuk sangat, sampai nak n3 pun asyik tertangguh je. Maklumlah esok bermulalah sesi pertama persekolahan bagi thn 2011, walaupun persiapan dah siap lama...tetapi ada saja kelengkapan sekolah yg belum lengkap. Alhamdulillah skrng semuanya dah selesai dan mlm ni anak2 semua kena tidur awal, supaya esok boleh bangun awal dngn berbekalkan semangat dan azam baru.
Oklah hari ni saya masak ringkas je tetapi sedap iaitu ayam sos hitam berampai. Saya suka lauk macam ni sbb ada ayam dan sayur sekali....jadi tak perlu susah2 nak masak lauk lain...sesuai sangat dngn hari yg sibuk arini. Resepi ni saya C&P dari Kak Ummi yg mmng pakar memasak macam2 tu....terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...Yatie kongsikan kat sini pulak ya...


Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dipotong nipis
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • sedikit air
  • 5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg.
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
  5. Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
  6. Angkat dan hidangkan.

4 comments:

  1. salam kak yatie, msk simple pun sedap kan...wah bz lah akak yer...tak pe kak biar susah sekarang bersenang2 kemudian kan....nanti bila anak dah besar2 abis belajar tu senang la..:)

    ReplyDelete
  2. aslmkm kak...kicap pekat tuk goreng mee tu sama tak? hehe..tu je yg ada selain kicap kipas udanfg kat umah ni..nak try gaks..

    ReplyDelete
  3. nmpak sedapp sangat ayam ni...bebahan dah ada, boleh try buat ni...

    ReplyDelete
  4. woowww.. bebahannya pun simple jek..boleh la nak masuk list ni..untuk lauk bebudak ni, suka sangat kalau kicap kicap ni kan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails