Tuesday, November 23, 2010

Ayam Masak Asam Pedas

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ayam asam pedas yg sememangnya kegemaran saya dan keluarga sejak dulu lagi. Kalau lauk asam pedas, tak kiralah ikan, ayam ataupun daging....mesti laku punya, mau bertambah2 nasi. Kali ni saya cuba resepi dari Anawahid dan saya C&P dari Hana. Terima kasih kepada adik berdua yg berkongsi resepi yg mudah dan sedap....terasa kelainan asam pedas yg di letak halba...ahaaa kwn2 bolehlah cuba ya resepi ni...maaf ya sebab saya ada tambah sedikit belacan supaya lebih ummphhhh.



Bahan-bahan

Bahan Kisar

  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus

  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

5 comments:

  1. kak yatie, mas suka asam pedas...hirup kuah paling suka...cedapppnya...

    ReplyDelete
  2. wooww..best tu kak yatie.. nak seketul tang peha tuuu

    ReplyDelete
  3. salam..k.yatie..zla ni dr minggu lps nak buat ikan masak asam pedas..xterbuat2 lg.ni tgk yg akak,.semangat balik nak buat asam pedas..heheh

    ReplyDelete
  4. yeeeeee...kak yatie dh bwk kuar ayam masak asam pedas... mie pun nak tiru kak izah, nak tang peha... kepak pn nak jgk,hehehehhe.....

    ReplyDelete
  5. salam Kak Yatie, kita tak pernah buat asam pedas versi ayam...selama ni buat ikan dan sesekali daging.. nampak menyelerakan betul..tp malang, sini payah dapat bunga kantan..kena ke pasar borong baru ada... .

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails