Friday, October 1, 2010

Kuih Lapis Cendul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya buat kuih lapis cendul. Kuih ni sedap dan saya C&P resepi ini dari Kak Liza. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Maaf sebab saya tambah sedikit coklat emulco utk lapisan gula merah...tu yg warnanya gelap sikit....apa pun kuih ni mmng sedap.



KUIH LAPIS CENDUL

Bahan-bahan A:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam
1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]-saya tambah 1 sk coklat emulco
  • 1 cawan cendul
  • 1/2 cawan air
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
  6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
  7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
  8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
  9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
  10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
  11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. salam yatie,
    wah kalau duduk skudai dah dekat tu..
    macam dah dekat aje rasanya..bayangkan kemarin jauh sekarang macam kat belakang rumah aje..bila2 boleh lah kita bertemu ya..this weekend kita nak masuk johor, nak beraya rumah adik kat senai, open house..hehe

    ReplyDelete
  2. salam yatie...

    yummm nampak sedap.tak pernah buat lg...leh cuba.

    ReplyDelete
  3. salam yatt..
    really superb kuih lapis cendol
    cantik betul...

    thanks 4 d recipe.

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie, cantik ajer nampaknya......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails