Sunday, September 5, 2010

Biskut Cornflakes Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsi bersama resepi biskut cornflakes lemak yg saya buat semalam. Resepi asal adalah dari Puan Aini Salim dan saya C&Pdari rumah CMG. Terima kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini. Rasanya yg rangup dan sedap membuatkan saya buat dua adunan....memang berbaloi dan anak2 amat menyukainya.



BAHAN-BAHANNYA :-
  • 140 gram mentega berkualiti tinggi
  • 180 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
  • 80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
  • 65 gram gula aising
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 kuning telur
BAHAN HIASAN :-
  • 1 kuning telur, untuk disapu
  • Gula manik warna-warni untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
  2. Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

8 comments:

  1. Salam kak yatie...
    Kann dah kata, sedap kan biskut nih...lemak, dan kurang manis...saya kan tu hari mcm terfikir nak buat biskut pedas..campur cili...rasa2 ok tak?..hahaha

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan..bahan lain dah ada..tepung kentanglah pulak tak dak..ishhh mengiurkan

    ReplyDelete
  3. kak yati..comeln kemas la biskut niii... nk ckiit

    ReplyDelete
  4. kak yatie..cantik la biskut tu....menarik...akak raya mana tahun ni...

    ReplyDelete
  5. kak yatie....very nice one la. Semua family sihat2 belaka? Byk lagi ke kak nak wak cookies? Nanti pick up la kad raya n singgah dapur kita yer....rindu nak dengar kakak..;)

    ReplyDelete
  6. akak, boleh tak tepung kentang tu ganti ngan tepung lain? xdpt cari tepung kentanglah

    ReplyDelete
  7. cute la biskut ni....nampak mcm sedap je. bahan2nye pn mudah.

    ReplyDelete
  8. cute la biskut ni....nampak pn sedap. bahan2nye pn mudah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails