Saturday, July 10, 2010

Best Ever Banana Muffin #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah banana muffin yg saya buat semalam. Sebenarnya ada 2 jenis banana muffin, satu menggunakan butter cair dan satu lagi menggunakan minyak sayur. Kedua2nya saya telah cuba, ternyata resepi yg menggunakan butter cair lebih sedap, tapi bergantung pada selera masing2 ya. Resepi asal adalah dari Catcancook dan saya C&P dari Izah Muffin Lover. Terima kasih kepada penyumbang resepi...memang sedap muffin ni.



Bahan-Bahan
  • 3 atau 4 biji pisang saiz besar (saya guna 4 biji pisang montel..)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur- dipukul sedikit
  • 1/3 cawan mentega/margerine cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
Cara-Cara
  1. Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan.
  2. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama.
  3. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering.
  4. Gaul sebati guna senduk kayu atau whisk je.
  5. Cedukkan ke dalam loyang muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit.(Saya bakar 180 C selama 25 minit).

12 comments:

  1. salam yatie...pagi2 bukak blog tengok pulak muffin pisang yatie buat tu...aduhai terliur sungguh kalau kuih2 berasaskan pisang ni...lebih2 lagi kalau yang yatie buat..menjadi sungguh nampaknya...

    ReplyDelete
  2. mas baru lepas makan pancake mayonnis ni, nak sambung makan muffin pisang kak yatie pulak...minta seketoi..

    ReplyDelete
  3. salam yatie..seronoknya tengok yatie yg tak putus2 memasak. ada je menu baru setiap hari. bestnya klu akak pun serajin yatie.hehe

    ReplyDelete
  4. wahh gomok gomok muffin nyer tuh.sib baik tak mcm tuan nyer yang slim tuhh.hikhik.. nak 3 ketui..kikii

    ReplyDelete
  5. Salam K atie.. Wahh sedap tu muffin pisang..my feberet..jomla kita bertukar juadah..hehe..lyza bawakkan muffin jagung ni..

    ReplyDelete
  6. nyum nyum...sedapnyer muffin..
    ~_^

    ReplyDelete
  7. salam..k.yatie,zla lom breakfast lg ni..bila tgk muffin k.yatie buat ni, bertambah2 lapar lak..hehhe

    ReplyDelete
  8. salam yatie.
    mmg nmpk sedap sgt muffin pisang ni, tmbh2 dgn namanya. mcm nak mkn je. hehe...

    ReplyDelete
  9. Ima = wkmsalam,terima kasih Ima, kalau dekat yatie dah bagi rasa...cubalah buat...mudah dan sedap...

    Mas = boleh je..jom makan sama2...hi3...

    Ain = wkmsalam, mmng selalu masak kak...alang2 dah ada blog, lebih baik resepi di kongsi bersama...

    ReplyDelete
  10. Izah = gomok2 ke...montok pun iye juga....nah akak bagi 5 ketoi....thanks berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni....

    Lyza = wkmsalam, boleh je..akak mmng suka apa2 perisa muffin...terasa kelainannya...nak..nak...nak.

    Emieysandra = mmng sedap..klau free bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  11. Azila = wkmsalam, lum sarapan lagi...mailah kita sarapan sama2 ya...selera ke sarap muffin pagi2 ni.....jap2 akak goreng mee utk Zla ya....hi3...

    Anis = wkmsalam, mmng sedap kak muffin ni...cubalah, mudah je..

    ReplyDelete
  12. mmg sedap jer nampak muffin tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails