Friday, July 9, 2010

Ayam Masak Palembang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini pula menu saya untuk hari ini. Semalam saya masak nasi impit lebih, jadi saya masak ayam palembang utk hari ini. Resepi ni biasalah ronda2 rumah kawan2 tu....ada je menu baru yg belum di cuba. Masakan ni sesuai di makan bersama nasi impit atau nasi putih hangat. Resepi asal adalah dari Jumi Maslam@resepi ceria keluarga dan saya C&P dari Ayu Singapore. Terima kasih ya Ayu resepi yg mudah dan sedap ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
  • 4 helai daun limau purut (saya tambah)
  • 1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
  • 2 keping asam gelugur
  • 11/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
Bahan2 kisar
  • 15 biji bawang merah kecil-(saya guna 1 biji bawang besar)
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 20 biji cili kering
  • 1 cm lengkuas
  • 1 inci halia-saya tambah
  • 2 batang serai
Bahan2 tumis:
  • 5 kuntum bunga cengkeh
  • 3 biji buah pelaga
  • 2cm kulit kayu manis
  • 4 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Penyediaan.
  1. Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
  2. Kemudian digoreng dan diketepikan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
  5. Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
  6. Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.

7 comments:

  1. salam yatie...wahhh sedapnya ayam masak palembang tu...macam nama rasanya, ala2 rendang ke yatie...memang sesuailah makan dgn nasi impit tu...

    ReplyDelete
  2. salam yatie,
    wah laparlah tengok ayam palemabng mu itu..hehe
    kalau ayam tak jelak2 masak apa semua kita & family bedal..hehe thanks for trying yatie..

    ReplyDelete
  3. kak yatie..saya datang nak cari sup ayam hadyai,skali nampak ayam palembang daaa...nak buat ke tak nih?nyumm nyumm

    ReplyDelete
  4. sedapnya yatie. mmg kena lah mkn ngan ns impit, pas tu ada pulak sambal kacang daging. meleleh air liur weii!!!

    ReplyDelete
  5. Ima=> wkmsalam, rasanya macam masak gulai..cubalah..

    Ayu=> wkmsalam, Kalau menu ayam yatie kerap gak tinjau2 kat rumah Ayu..thanks berkongsi resepi yg sedap ni...

    Lokman=> terima kasih..mmng sedap ayam ni dik..

    ReplyDelete
  6. Izah=> terpulanglah nak masak yg mana satu....klakor je Izah ni..

    Ain=> Mmng sedap kak....Yatie mmng suka mkn nasi impit dngn lauk2 mcm ni....kalau kuah lodeh tu suka kenakan dngn sambal tumis....

    Nadiah=> silakan..cubalah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails