Thursday, May 6, 2010

Udang Goreng Kunyit LK

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk saya hari ini....ianya ringkas dan mudah. Resepi asal adalah dari E-na dan ianya juga telah di cuba oleh Ika dan Sheila. Ternyata memang sedap lauk macam ni. E-na izinkan akak C&P resepinya di sini ya... terima kasih.


Bahan-bahan

* 10 -12 ekor udang di bersihkan
* 1 biji piman / capsicum / cili hijau dan cili merah
* sedikit bunga kobis / carrot (ganti brokoli)
* bawang besar - dipotong bulat
* sehiris halia - dicincang halus
* 2 ulas bawang merah - dimayang
* 1 ulas bawang putih - dimayang
* sedikit serbuk lada hitam (optional)
* sedikit air
* serbuk kunyit
* garam

Cara Memasak:
  1. Udang di gaul dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia cincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan bunga kobis.
  4. Bila bunga kobis separuh masak masukkan udang, piman, dan hirisan bawang besar.
  5. Jika terlalu kering tambahkan sedikit lagi air.
  6. Bila hampir masak masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Perasakan garam.
  7. Kacau dan tutup api. Sedia untuk di hidangkan panas-panas. Selamat mencuba hidangan yang ringkas dan cepat untuk disediakan.

3 comments:

  1. Salam kak yatie!! waaaa...dah sampai US dah ang yg simple ni, nak rasa yg akak punyer pulak rasa masakan sendirik sure lain rasa dgn org lain yg masak hihihi... sambil2 carik2 resepi kuih ni kita mmg antu kuih muih :D

    ReplyDelete
  2. Salam k.yatie!!!!

    harap akak sihat...baru sempat jengah ni, adusss! bz sket....tq sudi try resepi ni...E-na link n3 akak ye...

    ReplyDelete
  3. Ijayuji=> wkmsalam, boleh je..mailah kita ratah udang ni sama2...sedapkan...

    E-na=> wkmsalam,akak sihat...sedap resepi ni..thanks ya..ok linklah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails