Saturday, March 20, 2010

Ikan Masak Sambal

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ringkas je...ikan masak sambal dan tumis sayur. Seperti biasalah kalau dah masak ikan/ayam pedas, jadi sayurnya tak berapa pedaslah. Saya guna ikan talapia sekali lagi sebab di sini memang sukar nak dapat ikan2 seperti di Malaysia. Mari kita lihat bahan-bahannya.



Bahan-Bahan
*2 ekor ikan talapia(ikan lain pun boleh)
*1 cwn cili kering kisar
*5 ulas bawang merah - dikisar
*3 ulas bawang putih - dikisar
*1 inci halia - dikisar
*1 cm lengkuas - dikisar
*2 batang serai - diketuk
*1/4 cawan air asam jawa
*2 sudu besar gula
*2 sudu besar madu
*garam secukup rasa
*sedikit air
Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan, dikelar dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan kisar serta serai hingga terbit minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan air asam jawa, gula, madu dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  4. Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan. Gaul rata sebentar.
  5. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails