Sunday, February 7, 2010

Kupang Tumis Pedas

Salam semuanya. Hari ni saya masak lauk kupang. Sebenarnya dah lama sangat tak makan kupang, jadi bila dah jumpa tu apa lagi...Mungkin ada di antara kawan2 yang tak berapa gemar dengan lauk kupang, tak mengapa...saya nak kongsi pada yang suka je ok. Mungkin dari yg tak suka...bila rasa, jadi suka pulak...siapa tahu kan.
Oklah mari lihat resepi yg mudah ni...



Bahan-bahan

* 1 kg kupang yg dah di kopek(di bersihkan)
* 1 labu bawang besar *
* 3 ulas bawang putih*
* 1 inci halia*
* 1 inci lengkuas*
* 5 btg lada hijau* (kepedasan ikut suka)
* hiris bahan *
* 1 btng carrot(hiris panjang)
* 2 cwn santan
* sawi bak choy(kecil)>takde pun takpe
* Garam secukup rasa
* Sedikit minyak untuk menumis
* Letak dua helai daun limau nipis.

Cara-cara

1. Tumis bahan2 yang dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan carrot dan tambah sedikit air. Masukkan pula kupang dan sawi bak choy kecil.
3. Masukkan santan dan gaul rata. Masukkan garam dan perasakan.
4. Setelah siap, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails