Monday, January 25, 2010

Rich Chocolate Puding

Hai bertemu kembali kengkawan semua.Hari ni teringin pulak nak makan puding. Biasanya saya suka buat puding yang banyak buah-buahan tu.Tapi hari ini rasa nak buat puding coklat pulak kegemaran anak-anak.Ok kita lihat resepi yang simple ni ya....




Bahan-bahan.

• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 cawan gula
• 1/2 cawan susu tepung
• 1/2 sudu teh garam
• 4 1/2 cawan air
• 4 sudu besar tepung jagung
• 1/2 sudu teh esen vanilla
• 3 sudu besar butter
• 10gm agar2 serbuk(1 sudu besar rata)

Cara-cara
1. Masak air bersama gula dan serbuk agar-agar.
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter dan kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. Sedia di hidangkan bila dah sejuk / beku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails