Sunday, January 17, 2010

Mee Kari Udang.

Hari ini tak makan nasi lagi. Jadi saya bercadang nak masak yg simple2 je. Hari cuti anak2 suka makan mee dan kuih muih. Mee kari udang adalah yang paling ringkas sekali ditambah pula kaya dengan udangnya. Nampak gaya tak payah masak lagi,diaorang makan mee ulang2 sampai malam. Lagi pun saya dah buat bingka kentang dahulu untk minum petang. ...hi3...baru ada mood nak masak..Mari kita tngk resepinya yg ringkas ni.



Bahan-bahan.
Mee kuning (saya guna spaghetti je sbb kat US tak ada mee)
1 kilo udang basah(terpulang nak letak seberapa)
4 sb kari ikan
1 sb serbuk cili(kalau suka pedas)
5 cwn santan
3 kpng asam keping
1 ikat sawi(agak2 je)
1 btng carrot
2 biji tomato


Bahan tumbuk (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sb udang kering
sedikit halia
minyak utk menumis

Bahan sampingan utk tabur
limau kasturi
telur rebus -dibelah dua
cili merah potong (jika suka)


Cara-cara
>Panaskan minyak,masukkan bahan tumis yg ditumbuk/ kisar,tumis hingga kekuningan sedikit
>Masukkan rempah kari,didikacau hingga naik minyak.
>Masukkan air biasa (agak2 kuahnya)dan asam keping,biarkan mendidih sekejap.
>Masukkan carrot dan biarkan sebentar. Masukkan sayur sawi dan tomato, kacau sebentar.
>Masukkan santan,kacau bila kuah mendidih sekali lagi masukkan udang basah.
>Kacau sekali sekala ,tambah garam ikut rasa.
>Bila mendidih sekali lagi boleh lah diangkat
>Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari....sedia untuk dimakan......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails