Sunday, January 17, 2010

Kek Batik Koko.

Hai bertemu kembali.Hari ini saya berkesempatan membuat kek batik koko.Resepi asal kek ini menggunakan biskut marie,tetapi di perantauan ni agak sukar untuk mendapatkannya.Saya pernah juga buat kek ni guna biskut marie tetapi tak sempat nak ambil gambar.Jadi saya gunakan biskut yg rasa dan kerangupannya sama dngn biskut marie,cuma rupanya je lain.Hasilnya tetap sama. Resepi asal kek ini adalah dari Kak Ita dari my resepi. Terima kasih ye akak,tapi saya ubah sikit bab air tu pada susu cair...




Bahan-bahan

500 gm biskut marie/seangkatan dngnnya
250 gm butter
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
3/4 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
4 sb susu pekat manis

Cara-cara
  1. Pecahkan biskut marie dan ketepikan(patah 2 je)
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, susu cair, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan butter dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan matikan api dapur. Masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie.
  7. Alas loyang dengan plastik.
  8. Tuang ke dalam loyang dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  9. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.(supaya cantik dan mudah di potong)
  10. Setelah keras barulah boleh dipotong .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails