Friday, January 22, 2010

Apam Salju

Salam sejahtera semuanya.Hari ini saya buat apam lagi. Apa2 yg berkaitan dengan kuih apam memang menjadi kegemaran saya dan keluarga. Ianya lembut dan sejuk je di tekak. Resepi ini taklah rumit sangat dan bahan-bahannya pun mudah di dapati. Nama apam ini juga di panggil apam tukaz/apam beras. Oleh kerana ianya sedap sangat saya lebih suka memanggilnya apam salju...hi3... mari kita tengok bahan-bahannya.


Bahan-bahannya.

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

5 comments:

  1. salam perkenalan utk yati...
    apam...anytime suka makan...bekpes...tghari...ptg..malam...sentiasa sedap hehe...

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan jua Kamsiah...mmng kuih apam enak di makan tak kira siang atau pun malam...

    ReplyDelete
  3. salam yatie...
    sedapnya apam, sy pun suka tp dh lma xbuat sbb khabisan stok yis. kt sini wlpun neg islam tp yis yg ada kt pasaraya tu import pnya takut nk beli.klu duk dekat bleh ngendeng apam kt umh yatie..hehe..
    re: ketupat tu mmg manis, yg tu versi kelantan, org kelntn kan suka manis. kita org luarni kurang sikitkan. sbb tu sy xpromote sgt dlm blog tu, buat utk rasa jelah sbb mmg xpnah mkn.xcuba xtahu camner rasa kn..

    ReplyDelete
  4. salam kak yati, salam perkenalan...
    nampak menarik je apam ni...resepi pon mcm senang je.. sy nak cuba buat nanti, nak mintak izin salin resepi boleh? Sebelum ni sy dah try buat puding roti pelangi resepi akak tu, menjadi lah.. n sy share resepi tu kat blog sy...(baru nak mintak izin hehe)...

    ReplyDelete
  5. Masa bila nak bubuh kaler kuning, putih, hijau & merah tu? Dah buat siap dah, baru teringat kaler lak! Tapi guna gula perang tak dapat kaler putih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails